DBKL tawar 70% potongan saman tertunggak sepanjang September

Khalid umumkan tawaran pengurangan kompaun saman DBKL sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan tawaran khas sempena Hari Merdeka dan Hari
Malaysia untuk memberikan potongan pembayaran saman yang dikenakan sebelum 1 September 2018 sepanjang September ini.

Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata, melalui insentif itu, pihak yang mendapat saman DBKL hanya perlu membayar RM20 untuk motosikal, RM30 untuk kerata dan RM50 untuk bas dan lori untuk setiap satu saman.

Namun begitu, kadar khas ini hanya terpakai untuk kesalahan tempat letak kereta bermeter dan lalulintas sahaja.

Dalam pada itu, DBKL juga manawarkan kadar baru kompaun DBKL jika ia dibayar dengan cepat selepas saman dikeluarkan.

Jika saman itu dibayar dalam masa 48 jam, kadarnya hanya RM15 sahaja berbanding RM100 untuk kesalahan tempat letak kereta, RM250 untuk kesalahan lalulintas dan RM300 untuk kesalahan halangan lalulintas.