Malaysia Dateline

DBKL tawar kompaun saman RM15 untuk semua jenis kenderaan sempena Hari Wilayah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan tawaran khas kompaun trafik bermula 1 Februari sehingga 3 Mac depan.

Tawaran kompaun khas itu khusus untuk kenderaan seperti pengguna motorsikal, kereta dan kenderaan berat dengan kadar RM15 sempena sambutan Hari Wilayah esok.

Pengarah Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata. tawaran khas itu tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk bagi kes di mahkamah.

Antaranya Kes yang telah dibaawa ke Mahkamah berstatus U dan M; dan kes yang disenaraihitam berstatus W.

DBKL katanya lagi, sehingga 31 Disember lalu, DBKL telah mengeluarkan notis dakwaan kepada 107,547 pemilik kenderaan untuk dakwaan di mahkamah.

Kenyataan juga menyebut bagi mendapatkan maklumat mengenai tawaran khas ini, orang ramai boleh membuat semakan dan bayaran beberapa kaunter yang disediakan.

Antaranya, kaunter bayaran DBKL, Pos Malaysia, melalui atas talian menggunakan aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui Playstore atau Appstore atau; ke portal MyEG di www.myeq.com.my