Malaysia Dateline

Debat calon PM bukan budaya Malaysia, kata Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan supaya diadakan debat calon Perdana Menteri kerana menganggap ianya idak mendatangkan apa-apa hasil.

Beliau berkata, debat sebelum pilihan raya juga bukanlah budaya Malaysia dan tidak pernah dibuat sedemikian.

“(Berdebat) bukan budaya kita, ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.  

“Kalau diberikan (peluang) berdebat, dia (pendebat) akan sebut janjinya, bulan bintang akan disebut, jadi tidak perlu (berdebat),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Bukit Aman, di sini hari ini. 

Kenyataan Ismail itu sekali gus menolak cabaran yang dikemukan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua calon Perdana Menteri berdebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan perkara itu supaya perbahasan itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.

Baca juga: Pakai niqab tapi mata cantik, Ustazah Asma’ tegur tujuan pakai niqab supaya tidak tarik perhatian orang

Baca juga: Pendidikan negara sedang jumud, ramai anak bangsa sedang keciciran – Pensyarah pun dah akui, pegawai KPM masih mahu nafi?