Debat isu Taman Manggis: Guan Eng sahut cabaran Abdul Rahman

Debat isu Taman Manggis: Guan Eng sahut cabaran Abdul Rahman

 

 

 

 

 

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menerima cabaran debat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, George Town.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Lim Guan Eng (tiga dari kiri) menyatakan kesediaannya berdebat dengan Abdul Rahman ketika sidang media di lobi Parlimen pagi ini.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menerima cabaran debat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, George Town.

Guan Eng berkata, beliau mengalu-alukan debat itu diadakan secara terbuka termasuk disiarkan di televisyen kerana mendakwa tiada apa-apa yang disembunyikan berhubung penjualan tanah Taman Manggis.

“Saya tentu akan terima cabaran debat Abdul Rahman dan saya harap perbahasan ini dapat diadakan kerana isu Taman Manggis isu penting.

“Saya tunggu menteri nyatakan tarikh dan di mana terserah kepada menteri dan tiada masalah jika nak buat secara terbuka.

“Kalau nak buat dalam TV3 pun bagus, tiap-tiap malam TV3 hentam saya,” kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Abdul Rahman mendakwa tanah di Taman Manggis telah dijual semula secara tidak langsung, melalui pegangan saham syarikat.

Namun Guan Eng menafikan perkara tersebut dan menyatakan tiada maklumat dalam dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebaliknya Guan Eng berkata tanah itu masih dimiliki syarikat Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC).

Guan Eng juga menggesa Abdul Rahman membuat pendedahan penuh berhubung dakwaan tersebut memandangkan beliau mempunyai dokumen lengkap mengenai perkara tersebut.

“Menteri ada dokumen, dedahkan secara penuh, jangan separuh-separuh. Kami tak ada dokumen tetapi kami berani berdepan dengan menteri,” katanya yang juga ahli parlimen Bagan.

Guan Eng sebelum ini mendakwa tuduhan Abdul Rahman tidak berasas kerana hasil daripada semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat KLIDC masih dimiliki oleh pemegang saham yang sama dan tidak seperti yang didakwa menteri berkenaan.

Beliau turut mengedarkan beberapa dokumen kepada pihak media bagi membuktikan pemilik saham syarikat KLIDC tidak berubah.

Selain itu, setiausaha agung DAP itu juga berkata, pihak kerajaan negeri juga sebelum ini tidak tahu tentang sebarang urusan penyerahan tanah tersebut kepada syarikat lain.

TAGS