Debat Mohd Asri dan Zamihan pada 17 Februari ini

Debat Mohd Asri dan Zamihan pada 17 Februari ini

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin setuju untuk mengambil bahagian dalam debat antara beliau dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin yang akan  dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan dijadual berlangsung di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 Februari ini.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul AbidinMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin setuju untuk mengambil bahagian dalam debat antara beliau dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin yang akan  dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan dijadual berlangsung di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 17 Februari ini.

 “Saya bukan hadir untuk diri saya, tetapi untuk mengelakkan kegusaran semua pihak yang dituduh dan dicerca tanpa alasan yang kukuh.

“Kita memerlukan pendekatan agama yang sederhana dan rasional dalam menghadapi dunia yang makin mencabar,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Menurut Asri beliau akan cuba meluangkan masa untuk hadir pada debat itu bagi membahaskan isu ektremisme di Malaysia.

“Saya akan cuba adjust jadual saya,”

“Tajuk kita bukan soal furu fekah, tetapi Ektremism di Malaysia: satu diskusi. Saya alhamdulillah dengan rendah diri bersetuju hadir in sha Allah,” tulisnya.

Asri berkata demikian sebagai respon daripada catatan di Facebook Shahidan bahawa Zamihan setuju untuk berdebat pada tarikh ditetapkan.

“Ustaz Zamihan dan Datuk Dr Asri boleh menjemput 50 orang peserta tiap-tiap seorang.

“Diskusi ini akan membuka ruang kepada umat Islam dan lain-lain pihak untuk memahami agama Islam dengan lebih dekat.

“Saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba menghentikan wacana ini,” kata Shahidan.

Zamihan dalam video-video dikongsi di Internet didakwa sering menyerang Asri yang dikaitkan dengan aliran Wahabi dan keganasan. Asri bagaimanapun menafikan perkara itu malah berikrar menentang fahaman melampau.

Kedua-dua tokoh itu saling bertikam lidah dan menyindir antara satu sama lain di media sosial sehingga Asri menyahut cabaran Zamihan untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian mencadangkan supaya diskusi diadakan antara kedua-duanya bagi merungkai permasalahan yang timbul.

Bagaimanapun, Zamihan semalam berkata beliau dinasihatkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya debat itu diadakan di kawasan tertutup.

TAGS