Malaysia Dateline

Dedah maklumat, rahsia kerajaan antara isu utama dalam buku Tommy Thomas

Dedah maklumat dan rahsia kerajaan antara empat isu utama yang dikesan dalam buku Tan Sri Tommy Thomas, “My Story: Justice in the Wilderness”.

Selain isu tersebut, kerajaan telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku itu kepada dakwaan ke atas Badan Kehakiman; tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional; serta kenyataan berbaur hasutan.

Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dan telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan, hari ini.

“Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu,” katanya.

Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan di bawah empat peruntukan iaitu mengikut Seksyen 124(1) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Baca juga Buat tutorial salah cop kening bagi tebal, warganet anggap saja buat bebal

Baca juga Sempat cuci luka sebelum meninggal, warga emas maut dihempap pokok