Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dedah rakaman audio: Latheefa dakwa wujud komplot calar reputasi peribadinya

Dedah rakaman audio: Latheefa dakwa wujud komplot calar reputasi peribadinya

MALAYSIADATELINEJanuary 13, 2020 10:47 pm




Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya akan membuat laporan polis, esok, berikutan dakwanya terdapat komplot untuk mencalarkan reputasi peribadinya.

Dalam kenyataan itu Latheefa berkata, komplot itu berlaku susulan pendedahan rakaman audio yang didedahkan kepada media pada 8 Januari lalu.

Sedangkan katanya lagi, SPRM bertindak mendedahkan rakaman audio perbualan telefon membabitkan 7 individu itu demi kepentingan awam.

“Kini saya dapat tahu bahawa sebagai reaksi kepada pendedahan pada 8 Januari tersebut, satu komplot jenayah telah dimulakan untuk mereka (fabricate) dan mengedar material bertujuan untuk mencalar reputasi peribadi saya.

“Kami percaya seorang peguam diantara lain yang terlibat menjadi dalang disebalik komplot ini,” ujarnya dalam kenyataan malam ini.

Justeru esok pegawai khas beliau akan membuat satu laporan polis dan akan menyerahkan bukti berkenaan kepada pihak polis.

“Saya ingin menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang disebalik ini, bahawa saya tidak tergugat atau terancam dalam terus melaksanakan tugas saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Masyarakat umum telah meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap SPRM untuk membersihkan negara ini dari gejala rasuah.

“Saya bercadang untuk meneruskan tugas ini, walauapapun serangan peribadi atau ugutan dibuat ke atas saya, kini atau dalam masa akan datang,” ujarnya.

Latheefa sebelum ini mendedahkan rakaman audio dikatakan membabitkan bekas perdana menteri  Datuk Seri Mohdf Najib Razak dan 7 individu berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Susulan pendedahan tersebut, pelbagai reaksi masyarakat dilaporkan, termasuk pihak yang menyifatkan langkah SPRM itu melanggar prinsip kedaulatan undang-undang.

Petang tadi, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan menerima rakaman audio yang didedahkan SPRM dan dikatakan membabitkan Najib dan beberapa individu itu. .

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production