Pasangan warga emas yang mengusahakan kedai gunting rambut (barber) sejak 20 tahun yang lalu kini boleh tersenyum gembira apabila kedainya yang sudah usang bertukar wajah ala hipster.
Menjalankan perniagaan mengunting rambut di Pekan Bukit Mertajam, Art Street, warga emas ini turut mempunyai seorang anak OKU berumur 34 tahun di mana bergantung kepada mereka berdua.
Raman berusia 68 tahun manakala isterinya Manimekalai berumur 64 tahun akan membawa anaknya 3 kali sebulan ke hospital dengan menaiki bas.
“Tiada yang lebih mulia dalam hidup ini selain kasih ibu dan ayah,” tulis Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Semasa Covid-19 memang Uncle Raman ‘zero income’ sekarang pun bisnes dia tidak baik di mana setiap bulan agak susah untuk dapatkan RM800 tambahan pula sewa kedai sudah RM300 sebulan.
“Deepavali ini, saya kasi suprise untuk Uncle Raman. Saya tolong “upgrade” kedai usang Uncle jadi kedai barber
hipster, alat-alat semua kita beli baru yang lebih canggih dan selamat.
“Kerusi barber Uncle tak sanggup nak tukaq, jadi saya baiki kusyen kerusi dan kasi polish berkilat.
“Dengan wajah baru, nescaya bisnes akan lebih baik. Kat Bukit Mertajam Art Street memang saya tengah promote produk-produk budaya. Termasuklah Kedai Barber Uncle Raman.
“Korang mai la support Uncle.
“Sewa bulan-bulan kedai Uncle,saya akan tanggung untuk satu tahun. 💰
“Dan saya akan bayar perkhidmatan teksi untuk bawa Uncle, Auntie dan anak mereka pi hospital 3 kali sebulan. Tak payah susah payah dua orang tua bawa anak OKU naik bas,” kata MP berkenaan.
Raman juga diberi basikal baru selepas basikal lama berusia 10 tahun sudah tidak elok perlu dibaiki selalu.
“Basikal saya pun beli yang baru untuk Uncle. Basikal lama pun dah lebih 10 tahun, bila beli kat kedai, taukeh kedai pun habaq kata memang selalu dok baiki basikal Uncle. Aduhai…🚲
“Kawan-kawan, mai lah sokong bisnes Uncle kat BM Art Street (lorong kecil antara Jalan Ooh Chooi Cheng dan Jalan Aston). Gunting rambut hanya RM10. Untuk pelajar RM7, kanak-kanak RM6.
“Kita kasi Deepavali yang lebih ceria buat Uncle Raman,” katanya.
Baca juga: Parlimen tak boleh dibubar sesuka hati, YDPA boleh setuju atau tolak permohonan PM