Malaysia Dateline

Dek kerana ‘kilauan hipokrasi’ Nurul Izzah lindungi mata

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar melakukan gimik dengan memakai ‘cermin mata hitam’ ketika menyampaikan ceramah Grand Finale Calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar di Kelana Jaya malam tadi.

Beliau berkata, dengan memakai cermin mata hitam itu akan dapt menghindarkan dirinya daripada ‘kilauan hipokrasi’ pembangkang.

“Mungkin ramai yang tertanya sebab saya memakai cermin mata hitam. Saya terpaksa memakai cermin mata hitam kerana kilauan hipokrasi terlalu teruk.

“Kita terpaksa berhadapan dengan pengunaan isu politik kaum dan agama seraya menghina Selangor. Mengelar Selangor dengan gelaran yang saya tidak mampu ulangi di sini semata-mata untuk menang dalam pilihan raya secara tidak adil dan penuh kebencian.

“Maka saya pakai untuk melindungi diri saya daripada kilauan yang hancurkan keharmonian, kestabilan dan kepentingan pentadbiran komponen PH.

“Sekarang saya berhadapan dengan calon saya boleh buka…” ujarnya yang menanggalkan cermin mata hitamnya itu disambut derai tawa lebih kurang 500 penyokong Pakatan Harapan malam tadi.

Nurul Izzah berkata demikian sebagai neratif kepada dakwaan kolumnis tetap media rasmi Pas baru-baru ini yang mengingatkan pengundi bahawa kerajaan Pakatan Harapan mesra LGBT dan jangan sampai Malaysia terjerumus menjadi Darul LGBT, kemudiannya akhbar itu membuat permohonan maaf terbuka selepas mendapat kritikan banyak pihak.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga melahirkan rasa kurang senangnya apabila calon Pas Dr Halimah Ali memperlekehkan Halimey sebagai calon tempatan.

” Kalau kita berhadapan dengan penuh kesabaran untuk perjuangan keadilan dan saya tidak pernah dengar dalam pilihan raya calon tempatan tidak bermakna apa-apa.

“Kadangkala ada calon tempatan dan calon bukan tempatan dipiih tetapi dengan memperkecilkan hakikat seorang yang sudah lama berkhidmat di negeri ini, saya tidak perlu guna cermin mata hitam, kerana ada semangat yang terpancar daripada anak jati Seri Setia ini,” ujarnya yang merujuk kepada Halimey yang telah banyak menyumbangkan kepada kerjaya, politik dan kemasyarakatan  bersama PKR sebelum dilantik menjadi calon PH Dun Seri Setia.

Beliau mengulas tindakan calon Pas Dr Halimah yang menolak kempen ‘budak tempatan’ oleh Halimey di Dun Seri Setia sebagai ketinggalan zaman.

Bahkan ketidak hadiran  calon PH dalam program perdebatan antara Halimey dan Dr Halimah telah mengundang serangan dalam kempen Pas yang mendakwa Halimey seperti pengecut dan pondan kerana tidak hadir dalam perdebatan itu sedangkan Halimey dalam kenyataannya menerangkan beliau  tidak mendapat jemputan rasmi daripada Astro.