Umum tahu bahawa model berdarah Palestin, Bella Hadid sangat lantang bersuara mengenai kekejaman yang berlaku di Gaza namun lain pula buat Gigi Hadid.
Model dan bekas kekasih Zayn Malik itu dikatakan menerima kecaman usai beli produk kopi jenama S yang sedang diboikot kerana memberi dana kepada Israel.
Sebelum ini Gigi dilihat sangat aktif dalam menyebarkan berita dan info yang terjadi di Gaza namun tergamak untuk membeli air kopi jenama berkenaan.
Beberapa hari lepas tular wajah ceria Gigi berbual bersama rakan di tempat awam sambil memegang minuman tersebut.
Katanya ketika kejadian, Gigi sedang berehat selepas menjalani sebuah penggambaran untuk iklan produk kosmetik.
Tindakan Hadid itu kemudiannya memancing emosi pengikutnya dalam media sosial.
Rata-rata kecewa dengan dirinya yang sebelum ini dilihat lantang mengutuk kekejaman tentera Zionis ke atas penduduk di Palestin.
“Bukankah selama ini dia lantang membela nasib penduduk Palestin, dan mengutuk kekejaman Israel. Tapi dia menyokong produk musuhnya sendiri,” kata seorang netizen.
Instagram Gigi dibanjiri peminat yang tidak berpuas hati kerana dia masih menerima tawaran kerja bersama Maybelline yang turut tersenarai dalam produk yang perlu diboikot.
“Kami berusaha boikot demi orang Palestin tapi kau yang berdarah negara itu senang buat yang sebaliknya.
“Semua, dia tahu yang Maybelline dengan Starbucks ada kaitan dengan Israel, dia cuma tak peduli. Duit nampaknya lebih penting berbanding manusia,” antara komen di Instagram model tersebut.
Sehingga kini adiknya, Bella masih tetap menyuarakan tentang kekejaman Israel di media sosialnya, dan tidak kisah apabila kurang mendapat tawaran kerja.