Deklarasi Rakyat: Perkasa ajak ahli berlapang dada

Deklarasi Rakyat: Perkasa ajak ahli berlapang dada

 

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  mengajak ahlinya menghentikan tuduhan kononnya kehadiran beberapa pemimpin NGO ultra Melayu itu dalam gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menggadaikan perjuangan.

Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  mengajak ahlinya menghentikan tuduhan kononnya kehadiran beberapa pemimpin NGO ultra Melayu itu dalam gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menggadaikan perjuangan.

 Ketua Penerangannya, Hassan Basri berkata, pelbagai polemik dan kecelaruan timbul ekoran kesepakatan tersebut tidak terkecuali membabitkan Perkasa.

“Marilah kita berlapang dada melihat isu sebenar dalam Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bukan isu bersekongkol, pengkhianat dan sebagainya seperti dimainkan media massa arus perdana.

“Kita serahlah kepada kebijaksanaan mereka dalam menangani isu ini dan perkuatkan tekad perjuangan kita,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa Perkasa telah terlebih dahulu memperjuangkan tuntutan deklarasi berkaitan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelbagai salah laku dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini.

“Pendirian Perkasa jelas. Apa yang ditimbulkan dalam Deklarasi Rakyat telah diperjuangkan sejak awal lagi. Antaranya Perkasalah NGO pertama mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari ketelusan menyiasat semua permasalahan dan salahlaku yang dibangkitkan dan kini diulangi dalam Deklarasi Rakyat.

“Sebab itulah Perkasa atas nama NGO tidak bersama dalam Kempen Selamatkan Malaysia kerana tindakan kita bermula sejak awal isu yang dibangkitkan timbul dan Perkasa sangat percaya penyiasatan yang telus hanya melalui Suruhanjaya Diraja sahaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut penyertaan beberapa tokoh utama Perkasa dalam kempen berkenaan, Hassan menegaskan kehadiran mereka adalah atas nama individu dan persendirian.

“Justeru jangan jadikan hujah kononnya kehadiran mereka telah menggadaikan perjuangan. Bersekongkol dengan Ambiga LGBT. Bersama dengan pembangkang berkonspirasi menjatuhkan PM dan pelbagai persepsi yang sangat dangkal dan tidak memahami isu,” katanya.

Menurutnya tindakan pemimpin Umno seperti berpeluk dengan individu daripada kem lawan tidak semestinya menandakan menyokong pihak musuh.

“Kalau individu Perkasa dilihat berpeluk dengan tokoh pembangkang dihujahkan sebagai pengkhianat. Bagaimana pula Perdana Menteri yang berpeluk dengan Barrack Obama yang bersengkongkol bersama Yahudi membunuh umat Islam?

“Apakah PM turut bersetuju dengan Yahudi membunuh umat Islam.Tentu tidak bukan. Apakah bila Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz berpeluk bergelak gembira bersama Lim Guan Eng, LKS (Lim Kit Siang) lalu mereka jadi komunis? Tentu tidak bukan,” bidasnya lagi.

TAGS