Deklarasi Rakyat sudah melepasi sasaran sejuta tandatangan, kata Mahathir

Deklarasi Rakyat sudah melepasi sasaran sejuta tandatangan, kata Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata usaha mendapat sokongan Deklarasi Rakyat telah melepasi sasaran satu juta tandatangan.

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata usaha mendapat sokongan Deklarasi Rakyat telah melepasi sasaran satu juta tandatangan.

“Setakat ini, kami telah mendapat 1 juta tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk deklarasi ini diserah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapannya di Kepala Batas malam tadi.

Menurut Bernama, beliau berkata deklarasi itu telah mendapat sambutan yang agak baik dalam kalangan rakyat sejak ia dilancarkan dan beliau yakin ia akan mencapai angka tandatangan yang disasarkan.

Majlis yang dihadiri hampir kesemua barisan pemimpin Pakatan Pembangkang itu dianjurkan untuk mendapat tandatangan rakyat menyokong deklarasi yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Dewan Millenium pada pukul 9.45 malam dan beliau mula berucap kira-kira pukul 11.15 malam.

Katanya, beliau akan menetapkan satu tarikh untuk menyerahkan deklarasi itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, presiden Parti Amanah Rakyat Mohamad Sabu, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Anggota Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Sementara itu, mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Mohamad Sabu mengakui pertindihan kerusi merupakan kelemahan Pakatan Pembangkang pada pilihan raya negeri itu.

DAP dan PKR bertembung sesama sendiri di enam kerusi pada pilihan raya negeri kali ini iaitu di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Majlis Bersama Pemimpin, Deklarasi Rakyat itu dihadiri sekitar 1,000 orang tetamu.

TAGS