Deklarasi rakyat tidak dibuat jika ahli Umno berani tolak Najib, kata Mahathir

Deklarasi rakyat tidak dibuat jika ahli Umno berani tolak Najib, kata Mahathir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ramai ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, kerjasama dengan parti lawan semata-mata untuk penyingkiran Najib dan tidak untuk lain, tidak perlu dibuat.

“Sebab itulah tindakan diluar parti terpaksa diadakan. Parti lawan juga ingin menyingkir Najib bukan kerana mereka bersetuju dengan pendirian bekas-bekas pemimpin parti Kerajaan tetapi kerana mereka sedar akan kerosakan kepada negara dan jentera pentadbiran yang sedang dilakukan oleh Najib yang juga mempunyai kesan buruk kepada mereka.

“Oleh kerana ini mereka juga berpendapat Najib perlu disingkir. Pendapat mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat,” ujarnya dipetik dari blognya hari ini.

Mahathir berkata, kerana kongkongan Umno dan ahli-ahlinya oleh Najib dan mereka sendiri tidak mampu membuat apa-apa, maka suara rakyat, diluar Umno, termasuk suara parti lawan ujarnya, perlulah digabung untuk memberi kekuatan dan kejayaan kepada usaha menyingkir Najib.

“Najib akan main isu Kit Siang dengan saya supaya ahli Umno terpesong dari tujuan Deklarasi Rakyat sepertimana ia memesongkan demonstrasi Bersih yang bertujuan menjatuhkannya, kononnya demonstrasi Bersih adalah percubaan orang Cina untuk menjatuh kerajaan Melayu dan baju merah pun berdemonstrasi melawan Cina.” jelasnya.

Pada 4 Mac lalu Tun Mahathir 57 lagi individu dikalangan pemimpin pembangkang dan NGO telah menandatangani Deklarasi Rakyat untuk mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan.

TAGS