Deklarasi Rakyat tidak ikut maqasid syariah, kata Mahmood Zuhdi

Deklarasi Rakyat tidak ikut maqasid syariah, kata Mahmood Zuhdi

Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang bertujuan mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan tidak menepati kepentingan maqasid syariah, kata Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid.

Prof Emiritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. MajidDeklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan adalah tidak menepati kepentingan maqasid syariah kata Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid.

Beliau berkata, majoriti umat Islam di negara ini yang kini berpecah pada kumpulan kecil yang menyokong parti politik menjadikan kumpulan minoriti menjadi majoriti.

“Apabila majoriti menjadi minoriti yang terpaksa tunduk kepada minoriti kerana kita telah merujuk kepada kelompok kecil ini bukan prinsip Islam dalam maqasid syariah,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.

Beliau hadir sebagai panel pada Muzakarah Pakar: Ulama dan Alam Sekitar Kewajaran Fiqh Al Biah di Institut Kefahaman Islam (Ikim) pagi tadi.

Dr Mahmood  Zuhid juga menjelaskan, beliau tidak menyokong usaha kelompok 50 individu daripada pemimpin politik kerajaan, pembangkang dan NGO yang mengadakan deklarasi rakyat dan pihak yang mencadangkan agar parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya secepat mungkin.

Justeru katanya, bila tidak ada  usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri kelompok majoriti ini (Umno) telah bersama kelompok minoriti (pakatan pembangkang).

“Dalam maqasid syariah kalau sesuatu keputusan itu dianggap merbahayakan ummah sebaliknya hanya untuk keuntungan peribadi dan kepentingan politik semata-mata, sebaiknya usaha itu dihentikan.

“Dari segi etika politik Islam pula keadaan itu sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

“Apabila seseorang itu sudah menjadi pemerintah cara untuk menjatuhkan seorang pemerintah perlu juga ikut tatasusila tertentu.

“ Bila naik dengan cara itu (pilihan raya) turun dengan cara itu (pilihan raya). Jangan ada orang turun tidak bertangga

“Sebab itu berlaku keburukan dalam sejarah pemerintahan Islam kerana berlaku pengulingan demi pengulingan kerana masyarakat akan mengikuti pengulingan yang lain.

“Saya sebagai orang akademik tidak setuju cara kita mahu cari pendapat rakyat tanpa kembali kepada sistem pilihan raya.

“ Maknanya jika mana-mana parti dapat beri keyakinan kepada Perdana Menteri supaya bubarkan parlimen tiada masalah tetapi jangan hingga menyusahkan masyarakat,” ujarnya.

Malah kata Mahmood Zuhdi lagi, dalam maqasid syariah tidak salah orang Islam bekerjasama dengan bukan Islam dalam perkara kebaikan.

“Bekerja dengan pakatan pembangkang yang ahlinya ada dikalangan bukan Islam untuk menegakkan kuasa yang baik, jika mahu lakukan sesuatu yang baik.

“ Tetapi saya tidak setuju sebab kita jatuhkan kerajaan dengan cara itu (desak PM lepas jawataan) sekarang dan bukannya pilihanraya.

“Saya tidak sokong pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat ini kerana akan menyusahkan rakyat.” ujarnya.

“ Saya amat menyokong kenyataan Haji Hadi (Presiden Pas) yang menetapkan pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Umno sudah menjadi musuh ketat Pas zaman berzaman…

“Saya selalu tertanya-tanya untuk mencari pemimpin seperti Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarahm Datuk Asri.

“Mereka ini walaupun berlainan parti tetapi telah bekerjasama untuk melawan pergaduhan antara kaum dalam tragedi 13 Mei 1969 malah tidak pernah mendapat tentangan daripada pengikut mereka,” ujarnya yang mengambarkan bahawa parti politik yang dianggotai orang Melayu kini sudah berpecah menjadi parti minoriti yang mahu mengekalkan kuasa masing-masing.

TAGS