Tun M jauh pandangannya, saya takut Umno hilang kuasa, kata Mohd Shafie

Tun M jauh pandangannya, saya takut Umno hilang kuasa, kata Mohd Shafie

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain dalam Deklarasi Rakyat setelah beliau ‘keletihan’ apabila semua nasihat yang diberikan kepada Mohd Najib Razak tidak diambil berat oleh Presiden Umno itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang lain dalam Deklarasi Rakyat setelah beliau ‘keletihan’ apabila semua nasihat yang diberikan kepada Mohd Najib Razak tidak diambil berat oleh Presiden Umno itu.

Beliau mendedahkan, Mahathir sudahpun memanggil Najib dengan mengikut peraturan.

“ Tun M menegur ikut peraturan panggil di rumah, yayasan perdana, yang ini betul yang ini tak betul, tetapi ada perkara yang dekat di hatinya itu ditegur seperti 1MDB dan RM2.6bilion tetapi tidak diendahkan.

“ Deklarasi Tun M bersekali dengan Lim Kit Siang kerana ia bukan deklarasi Tun M dan Umno tetapi deklarasi rakyat Malaysia keseluruhannya.
.
“Saya percaya jika Tun M boleh jayakan deklarasi ini hingga dia sanggup nak pandu lori ke Istana (menghantar 1juta tandatangan ke Majlis Raja-raja) dan jika pilihan raya ke 14 kalau berjaya Lim Kit Siang nak complain apa lagi?

“Tun M boleh bagi tahu you dont complain, kita dah selamatkan Malaysia. You will there with me to support me takanlah you tidak boleh support sekarang ni.. orang tua (Mahathir) ni jauh pandangannya.

“Tun M tidak sokong Lim Kit Siang tapi dia paparkan pada dunia, bahawa “Lim Kit Siang yang balun saya dulu, kini sudah sokong saya!”.

“Saya tahu Tun M tidak akan keluar dari Umno semata-mata untuk masuk parti pembangkang, esok dia akan balik, dia sayang umno, dia sayang bangsa dan negaranya.

“Dia dah tegur, dia dah nasihat dia dah letih kerana dah macam-macam cara dilakukan.
Apabila dia merasakan keyakinan institusi perbankan, kehakiman, SPRM,PDRM, sudah diragui dan membimbangkan rakyat. Cara macam mana lagi dia nak lakukan?,”soal Shafie yang merujuk kepada tindakan Mahathir bersekongkol dengan pakatan pembangkang untuk mendesak Najib meletakkan jawatan dalam Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu.

Shafie berkata demikian ketika menghadiri program sesi penerangan isu semasa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, pada Ahad lalu.

Malah Shafie juga menerangkan mengapa isu 1MDB dan RM2.6bilion itu terlalu penting untuk perjuangan Mahathir.

Katanya masalah utama berbangkit adalah ketidak yakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Jika isu itu boleh menghakis keyakinan rakyat, bukan satu atau dua bilion tapi nak pulih keyakinan tidak semudah itu. Banyak negara bila sebuah kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, sukar nak pulihkan tak semudah kita sebut setakat RM42bilion…itu kebimbangan utamaTun M.

“Kerajaan gunakan duit secukupnya sebaliknya tidak mampu dapatkan kembali duit (keuntungan) kita terpaksa guna GST, kita ambil duit daripada cukai rakyat sebaliknya rakyat tersiksa, memang kerajaan dapat duit, tapi undi kerajaan tidak dapat.” ujar bekas menteri kemajuan luar bandar ini,.

Shafie(duduk tiga dari kanan)  bersama ahli Umno dari dua cawangan Teratai dan Bukit Lanchong Utara yang menyokong Deklarasi RakyatTidak takut hilang jawatan, takut Umno hilang kuasa

Shafie juga berkata, beliau secara peribadi tidak suka sebahagian pihak membandingkan zaman pemerintahan Tun M, Najib dan Tun Abdullah (Pak Lah) sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Saya tidak suka ada pihak buat perbandingan antara kepimpinan Paklah, Najib dan Mahathir.

“Pak Lah orangnya kurang tegas, hatinya lembut, tapi saya pernah dalam mesyuarat majlis tertinggi mencadangkan beliau lepaskan jawatan, serah pada Najib, tak percaya tanyalah Pak Lah dan Najib, mereka pasti ingat apa saya kata, Pak Lah dengar nasihat dia lepaskan jawatannya,”

“Mahathir belanja berbilion untuk bail out Mas, Perwaja, dan Proton. Ini kerana lebih kurang 20,000 anak bangsa bekerja di Mas; Proton pula kita dapat lihat kereta penuh di lebuhraya menampung lebih kurang 30,000 pekerjanya dan Perwaja ada 6,000 pekerja walaupun Tun M belanja berbilion ringgit.

“Tapi Najib apa yang dibuatnya RM42 bilion? Saya tidak nampak bangunan pencakar langit pun, yang nampak berapa orang pekerjanya di 1MDB seperti yang saya nampak hanya ada Arul Kanda

“Kalau dia (Najib) tanya mengapa saya tak sokong kawan, bagaimana saya mahu sokong jika saya boleh tidur nyenyak hari ini tetapi bila memikirkan nasib cucu cicit saya di masa hadapan, jika ada ramai pemimpin yang begini.

“Takut untuk bersuara, takut untuk berbeza pandangan kerana takut hilang jawatan dan kedudukan yang ada hari ini.

“Saya tidak takut hilang jawatan saya takut bila kita (Umno) hilang kuasa,” ujarnya.

 

TAGS