Siapa sangka niat mahu mengambil gambar cincin bertatahkan permata jed bertukar mimpi ngeri apabila ia terlepas daripada pegangan tangan.
Malah ia turut terjatuh dari aras sembilan sebuah rumah di Beijing, lebih mengejutkan nilai cincin tersebut mencecah 1 juta yuan (RM665,954).
Menurut South China Morning Post, kejadian tersebut menyebabkan penduduk di sebuah kejiranan di wilayah Guangdong menahan bau busuk selama tiga hari.
Mereka dikatakan turut mengikuti operasi mencari cincin yang dilakukan di saluran parit tersebut.
Berdasarkan hantaran di platform Douyin, lelaki tersebut memaklumkan cincin tersebut terlepas daripada tangan bapanya yang cuba merakam video di tepi tingkap.
Tambahnya, cincin tersebut ditempah khas bapanya dan akan dihadiahkan kepada bakal isterinya sempena majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung.
Bagi menyenangkan proses, sekumpulan lelaki kemudian diupah untuk mencari cincin itu di saluran parit.
Salah seorang pekerja, Fan berkata, dia dan rakannya masing-masing dibayar sebanyak 500 yuan (RM331) sehari untuk mencarinya.
Cincin tersebut akhirnya berjaya ditemui pada hari keempat pencarian.
Terlalu teruja dengan penemuan cincin tersebut, pemiliknya menyalakan bunga api bagi meraikan kejayaan mereka.
Baca juga: Syarikat di New York tawar RM47,000 kepada sesiapa berjaya hidup tanpa telefon selama sebulan