Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Demi kepentingan negara,  AMANAH Sarawak sedia  bekerjasama dengan GPS

Demi kepentingan negara, AMANAH Sarawak sedia bekerjasama dengan GPS

MAHDAR BUJANGFebruary 29, 2020 2:21 pm




Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak bersedia menjalinkan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya demi kepentingan negeri dan negara pada masa akan datang.

Pengerusinya, Abang Halil Abang Naili berkata, pihaknya bersedia berbincang dengan kepimpinan GPS bagi mencari formula terbaik dalam mencipta sebuah kerajaan yang harmoni dengan berkonsepkan ‘Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama’.

Abang Halil Abang Naili

Katanya, dengan suhu politik tanah air yang semakin kusut kini, adalah lebih elok sekiranya jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya.

“Bagi kita (AMANAH Sarawak) tiada masalah untuk bekerjasama dengan pemerintah di Sarawak di bawah GPS.

“Bahkan kita tetap bersedia dan menghulurkan tangan demi kepentingan negeri dan negara tercinta ini,” kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang bersedia berbincang dengan GPS berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan datang.

Chong pada kenyataannya kepada Malaysiakini dipetik telah berkata,  DAP Sarawak bersedia berbincang dengan GPS berhubung pilihan raya negeri yang akan datang, atas nama kepentingan negara.

“Atas nama kepentingan negara, apa pun boleh,” ujarnya.

Ditanya sama ada mereka bersedia bekerjasama dengan GPS, beliau menjawab mereka terbuka untuk bekerja dengan pihak lain selain daripada Umno dan Pas.

Chong berkata, negara ini berada di persimpangan jalan sekarang dan GPS harus memilih antara bekerja dengan “perkauman” dan “pelampau agama” dalam Umno dan Pas atau dengan Pakatan Harapan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Kecualikan kuarantin kepada yang sudah disuntik vaksin di Singapura

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production