Demo pertahan raja sebenarnya hina raja-raja, dakwa penulis

Demo pertahan raja sebenarnya hina raja-raja, dakwa penulis

Demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat semalam kononya untuk mempertahankan Raja-raja dan institusi di raja hakikatnya ia satu penghinaan kepada raja-raja Melayu.

Penulis Mohd Sayuti Omar yang menulis di Facebooknya berkata, tindakan itu sebagai memalukan dan menghina Raja-Raja sahaja.

“Ertinya tidak ada sambutan. Seperkara lagi, kalau dengan kapasiti ini hendak berdemo ia juga tidak memandai,”katanya.

Bahkan katanya, Raja-raja dan Institusi Raja tidak memerlukan pihak yang sanggup mempertarungkan nyawa untuk mempertahankannya kerana Institusi itu sudah pun dipertahanankan oleh Perlembagaan.

“Sila ke kedai buku dan beli buku Perlembagaan Malaysia kemudian baca. Tidak ada duit untuk beli datang rumah saya, saya bagi duit untuk beli buku Perlembagaan,”ujarnya.

Bagi beliau perlembagaan lebih besar dan berkuasa daripada bilangan segelintir yang turun mengadakan demontrasi ini ini.

“Kalau nak buat demo biarlah persis di zaman reformasi, dikawal polis, dipalu dengan cota dan disembur dengan water canon. Baru best,” katanya.

Menurut Sayuti daripada pemerhatiannya mini demontrasi itu mempunyai hubung kait dengan Raja-raja Melayu apabila klip video yang tersebar memaparkan beberapa individu memegang sepanduk dan plakad ‘Hormati Raja-raja Melayu’,’Jangan pecahbelahkan Raja-raja Melayu’, ‘Jangan kurang ajar’, dan ‘Raja-raja Melayu sebagai payung rakyat jelata’.

“Apakah institusi itu sudah dilanggar sehinggakan perlu diadakan demo? Kurang faham saya. Dan siapa yang menjadi dalang di sebalik demonstrasi ini?

“Kerana gambar cedukkan dari klip video ini berdebu dan ‘blur’ menyebabkan saya kurang cam.

“Apakah muka-muka ini pernah turun berdemonstasi semasa di zaman kerajaan Najib dahulu?

“Cuma saya nak kata begini sahaja, kalau demo seramai ini hendak pertahankan Raja-Raja ia tidak memandai,” soal Sayuti.

Sementara itu, para netizen turut memberikan komen-komen di status beliau yang menyifatkan mini demontrasi itu sepatutnya diadakan di Istana Perlis yang jelas menghina Raja-raja Melayu.

Mohd Noraidi: Depa taknak pulak berdemo bilamana apa yang berlaku dengan istana Perlis dan Sabah …”

Malah ada yang mengecam tindakan mereka kerana cuba mengheret institusi di raja dengan demontrasi murahan seperti itu.

Mohd Ismail; Usahlah heret istana dengan demo murahan begini..

Mohd Sallehin Yusoff; Ramai yg tak baca perlembagaan …mukasurat 1 dan 2 buku perlembagaan pun tak pernah buka.

Mohd FaizaL Moin; Ini Demo nak pertahankan Raja ker atau nak runtuhkan Raja Melayu??

Wan Yusri Wan Jusoh; Berapa puluh ribu yg hadir….kesian…terima la hakikat dah kalah. Tak payah huru-harakan negara.

 

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote