Malaysia Dateline

Mohamed Hanipa Maidin

Demo tidak salah dalam iklim politik sekarang, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin menyifatkan protes termasuk melakukan demonstrasi yang dilakukan sesetengah pihak terhadap isu ICERD adalah tidak salah apatah lagi di dalam iklim dan persekitaran politik masa kini.

“Apapun, tahniah sekali lagi. Dalam cuaca, iklim dan persekitaran politik masa kini, anda semua tidak melakukan apa apa kesalahan dalam isu ICERD ini,” katanya dalam entri Facebooknya hari ini.

Malah beliau mengucapkan tahniah kepada Pas yang agak vocal mengadakan bantahan keras ke atas ICERD yang sehingga kini, masih belum diratifikasi oleh Malaysia.

“Saya rasa saya mungkin tidak salah jika menganggap bahawa parti-parti tersebut, khususnya para pemimpin dan penyokong mereka.

“Mesti amat fasih dengan ICERD dan Perlembagaan negara ini meskipun di Parlimen saya tidak begitu mendengar kupasan yang agak tinggi mutu daya intelektualnya semasa sesetengah MP mereka khususnya dari parti ‘ehem’ berbahas tentang ICERD. Mungkin depa simpan ilmu mereka. Saya berhusnu al-dzon ( bersangka baik),” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini hujah yang dikemukakan mereka majoritinya bersandarkan sentimen dan emosi.

“Yang beretorik pun agak ramai. Bermain dengan emosi ini secara relatif agak lebih mudah dari berbahas secara intelektual dan matang.

“Lalu saya berfikir bersendirian.. bila agaknya masyarakat negara ini akan beralih dari politik sentimen kepada politik berasaskan ilmu dan nilai atau hujah yang rasional ?

Beliau menganggap tindakan mreka amat bijak dan yang salah mereka yang terlalu ” ideal” yang mengharap satu perdebatan secara ilmiah dalam isu ICERD dengan pendapat yang dingin.