Demokrasi Turki memartabat kuasa rakyat mengangkat maruah Islam sejagat

Demokrasi Turki memartabat kuasa rakyat mengangkat maruah Islam sejagat

Satu percubaan rampasan kuasa tentera ke atas Kerajaan Turki telah berlaku, namun percubaan itu gagal kerana tidak mendapat sokongan majoriti tentera dan ditolak oleh kebangkitan rakyat Turki yang keluar ke jalan raya membantah rampasan kuasa tentera dan mempertahankan kuasa rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen yang mendukong prinsip demokrasi rakyat saya mengutuk tindakan pihak tertentu yang mendalangi tentera bagi cubaan rampasan ini.

Sewajarnya apa jua permasalahan dalaman atau negara perlulah diselesaikan dalam prosedur dan aturan awam dan bukannya tentera. Sekiranya sudah tidak ada jalan penyelesaian dalam apa jua alternatif, maka rakyatlah sewajarnya menjadi hakim dan bukannya tentera.

Sistem Syura Rakyat melalui proses demokrasi perlulah dihormati. Setelah sekian lama era pasca Tentera sebagai pengawal demokrasi berakhir, rakyat lebih memahami cita rasa Negara yang mereka hajati. Jangan ulangi kesilapan lampau apabila tentera menjadi cemuhan dan sumpahan rakyat jelata. Oleh itu saya senantiasa berpandangan tentera tidak boleh diberikan Kuasa melebihi Kuasa Demokrasi Rakyat.

Saya juga tertanya tanya apakah motif rampasan kuasa ini, tatkala Kerajaan Turki berjaya dalam reformasi ekonomi dan sosialnya dalam negaranya sendiri. Adakah benar benar rakyatnya menolak Kerajaan AK Parti sedia ada.

Selama hampir 20 tahun, rakyat masih memilih kerajaan sedia ada melalui system demokrasi mereka yang lebih telus dan terbuka berbanding negara Islam yang lain. Tiada berlakunya korupsi seperti Skandal Negara 1MDB di Turki.Rakyat Turki rata-rata selesa dengan suasana politik yang ada. Mungkin terdepat unsur unsur anasir luar yang tidak lena dengan perkembangan demokrasi di Turki ini.

Seperti mana Turki lantang dalam isu pencabulan hak asasi dan penindasan etnik dunia seperti isu Palestin dan Rohingya sehingga menyebabkan ada kuasa negara terpaksa tunduk kepada tekanan Turki. Ini mungkin menyebabkan ada kuasa politik tertentu tercabar dengan kelantangan dan penerimaan rakyat antarabangsa terhadap Turki. Namun penyelesainya ialah ‘divide and rule’.

Turki dan umat Islam Rohingya

Dengan perkembangan terkini terhadap etnik Rohingya di Arakan Myanmar, Turki diharap menjadi pelindung untuk umat Islam Rohingya.Turki diharap menggerakan pihak OIC mengambil tindakan segera kerana dilihat insiden di Arakan Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi isu dalaman Myanmar dan bukan berkisar dikalangan kerangka ‘etnik dan bangsa’ tapi sudah dilihat menjadi isu agama*.

Malaysia sebagai negara ASEAN wajar mempunyai pendirian jelas dalam isu keganasan terhadap komuniti Rohingya ini. Jangan lagi Malaysia dimalukan oleh Turki apabila masyarakat Rohingya terdampar di lautan Selat Melaka dan di Arakan disantuni dengan penuh kasih sayang biar pun jarak Turki lebih jauh berbanding Negara Islam lain di Asean termasuk Malaysia.

Pada tahun 2015 Kerajaan Turki telah menghantar kapal kapal angkatan Laut Turki di kerahkan mencari mereka yang hanyut di lautan dan dibawa pulang ke Turki.Pada tahun 2012 Isteri Erdogan turun bersama dilegasi Turki ke Arakan Myanmar untuk menyantuni sendiri umat Islam Rohingya.Malaysia hanya tunggu dan lihat tatkala itu!.

Selamatkan demokrasi Turki untuk umat Islam Rohingya dan umat Islam sejagat.

DATO’HJ MAHFUZ HJ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

CATEGORIES
TAGS