Demonstrasi depan pejabat SPR: Shazni ditahan polis bantu siasatan

Terdahulu, Sahzni memaklumkan bahawa pihak polis akan hadir ke Wisma Amanah Negara hari ini untuk merakam percakapan beliau.

Bagaimanapun 3 anggota polis yang hadir jam 12.00 tengahari memaklumkan kehadiran mereka untuk menahan Shazni.

Anggota polis memaklumkan Shazni ditahan mengikut Syeksyen 341 Kanun Keseksaan dipercayai berkaitan dengan aksi protes di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Putrajaya pada 23 Mei lalu.

Demonstrasi itu dilakukan bagi membantah keengganan SPR mengedarkan salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik.

Bagaimanapun keenganan SPR menerima memorandum  daripada Pemuda Pakatan Harapan berhubung akses kepada DRPT suku tahun itu, dikalangan demonstran telah bertindak mengunci pintu pagar pejabat SPR sebagai simbol protes rakyat untuk meluahkan kemarahan dalam usaha menegakkan keadilan.

Lebih 50 demonstran termasuk dari Kelantan dan Terengganu berkumpul di perkarangan Menara SPR itu selama sejam bagi menyerahkan memorandum berkenaan.