Demonstrasi mengingati peristiwa Nakbah dan mengutuk keganasan Israel di kedutaan AS

Sempena peringatan Nakbah Palestin 70 tahun, Mapim dan NGO Islam telah mengadakan demontrasi mengutuk isu keganasan tentera Israel membunuh lebih 100 orang dan mencedera hampir 10,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Great Return March dilancarkan lebih sebulan yang lalu.

Pemindahan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis dan kematian pejuang hak asasi nasi Dr Fadi Al-Bats di Malaysia baru baru ini juga adalah isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menyatakan sikap demonstrasi itu.

Menurut Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul berkata, Israel melakukan kekejaman disebabkan ada sokongan daripada Amerika Syarikat.

Satu memorandum telah diterima oleh kedutaan AS untuk disampaikan kepada Presiden AS Donald Trump.

“Semua dilakukan sekarang tanpa belas kasihan apabila kanak kanak juga turut di jadi sasaran di tembak oleh tentera Israel. Kita mahu Israel hentikan keganasan di Gaza,” ujarnya.

Himpunan yang diadakan pada 18 Mei lalu selepas solat Jumaat dihadiri lebih 1,000 penyokong untuk membantah dengan demontrasi bermula dariada Masjid Lembaga Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat.

Demontrasi dilakukan susulan kejadian yang berlaku di Palestin di sempadan Israel di timur bandar raya Han Yunus di Gaza menganjurkan demonstrasi atas pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis dan peringatan 70 tahun berdirinya Israel, yang disebut orang Palestin sebagai “Nakba” atau “Bencana”.

 

1,998 total views, 6 views today