“Dengan aku bagi alasan tak ada masa tapi sibuk nak dengar masalah perempuan lain…”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada lagi individu terpaling prihatin akan masalah orang lain sedangkan pasangan halal diabaikan.

Bukan sahaja itu, mereka ini tanpa segan silu mahu menghulurkan bahu walaupun tanggungawab sebagai suami atau isteri tidak dilaksanakan.

Seorang wanita tak menyangka si suami yang disangka sibuk rupanya sedang terleka melayan perempuan lain di media sosial.

Di bawah adalah kisah yang dikongsi menerusi media sosial.

Saya sangat-sangat terasa dengan suami sekarang sebab dia banyak luangkan masa dengan kawan-kawan alam maya dia.

Salah satunya di TilTok, sanggup sengkang mata melayan siaran langsung bersama mereka.

Ini adalah perkahwinan kedua saya bersama suami baru yang empat tahun muda daripada saya tapi masing-masing umur dah lebih 30 tahun.

Ya saya faham, perkahwinan ini masih baru pada dia, tapi kenapa layan saya macam ni.

Saya sanggup susah dengan dia, sepanjang kenal sampai nikah ni dia susah memang saya banyak tolong.

Dia ada anxiety (resah) dan memang doktor sahkan penyakit tu jadi saya inilah tempat dia meluahkan perasaan.

Tapi bila susah sahaja sia cari, bila senang habiskan masa dengan kawan dalam dunia maya tu sahaja.

Tak cukup tu dia siap mesej dengan rakan perempuan masa tengah siarang langsung, siap tawar diri nak dengar masalah.

Ya Allah sakitnye hati saya, kalau diri ini ada kekurangan tolonglah maklumkan tapi nak luang masa dengan isteri sendiri pun susah.

Bila ajak pergi kaunseling dia ok sebab baginya, dia dah jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Hari demi hari, hati ni dah tak ada dengan suami, cakap pun sepatah-sepatah sahaja, dia tetap dengan ‘live’ dia sampai 4 pagi.

Baca juga: “Suami curang sebab aku tegas sangat, dia tak tahu aku berubah lepas dibuli keluarganya”