Dengan siapa Neelofa bergambar rapat bukan mahram pula tu? Netizen tegur isteri PU Haris

Oleh NASUHA RAHMAN

Neelofa, personaliti TV dan usahawan terkenal telah mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau dikatakan bergambar rapat dengan bukan mahram.

Ia berlaku sewaktu berada di sebuah majlis keceriaan bersama Lancome.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa dilihat bergambar bersama pelakon, Daiyan Trisha dan seorang peminat lelaki.

Walau bagaimanapun, video itu telah meraih perhatian netizen apabila Neelofa dikatakan bergambar terlalu rapat dengan peminat lelaki berkenaan.

@ezarz93

Bila kau kene poses ala poster Lancome Be Likee!!! Tabah la yee Daiyan!!😂@neelofa @Daiyan Trisha #neelofa #daiyantrisha #lancomemy #keceriaanbersamalancome #neelofafans #tiktoknalaysia🇲🇾 #artismalaysia#fypシ

♬ Funny Song – Cavendish Music

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok menegur usahawan yang berumur 34 tahun itu kerana lelaki berkenaan bukanlah mahramnya.

“Lelaki tu sape?? Adik beradik loga ke??

“Rapat juga ye bergamar tu.

“Bukan mahram,” kata netizen.

Malah, ada juga warga netizen yang memohon isteri kepada PU Haris itu untuk menjaga imejnya sebagai wanita berpurdah.

Dalam pada itu, ramai peminat-peminat memuji kecomelan Neelofa apabila memegang ‘baby bump’ setiap kali mereka bergambar.

Baca juga: “Suami terlanjur dengan adik aku sendiri masa tengah penat berpantang, luluh hati…”