Malaysia Dateline

Dengar cakap mereka gajah pun boleh terbang!

Perdana Menteri (caretaker) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen dan kembalikan mandat kepada rakyat jelata.

Suka tidak suka, itulah keputusan dia yang direstui oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ramai-ramailah kita keluar mengundi. Sekat kleptokrasi. Kembalikan Malaysia sebagai negara yang dihormati.

Mudah cakap, semua ikrar dan janji mereka sebelum ini adalah “fake” (palsu) semata-mata. Sandiwara kayangan dan bunian.

Mereka kata peduli rakyat jelata. Bimbang orang ramai akan ditimpa musibah kalau pilihan raya dibuat ketika air bah.

Jabatan Kaji Cuaca ramal hujan lebat dan banjir hujung tahun. Di beberapa buah negeri, sungai sudah pun di paras amaran.

Tapi Parlimen dibubarkan juga untuk pilihan raya. Nampaknya Ismail Sabri akhirnya tunduk juga kepada tekanan golongan kleptokrat dan kluster mahkamah.

Lepas perkenan bubar Parlimen tetapi sebelum diumumkan, Agong dan isteri berangkat membuat “lawatan khas” ke United Kingdom.

Selepas ini, usahawan, tauke dan jutawan pula “lari” ke luar negara takut kena bagi derma lebih daripada yang sudah diperuntukkan dan takut dituduh memihak kepada parti tertentu.

Kita jangan tawar hati. Kita mesti keluar mengundi. Pembangkang janganlah ego tidak tentu hala. Berpakatlah demi negara dan rakyat jelata. Wajib sekat kleptokrat daripada balik berkuasa.

Baca juga: Titah Agong susulan pembubaran Parlimen oleh PM ‘sangat makan dalam senak rusuk kena tumbuk’

Baca juga: Alahai sedihnya, dua beradik ini maut digigit anjing