Derma ke akaun peribadi PM boleh cetuskan perang proksi, kata Mat Sabu

Derma ke akaun peribadi PM boleh cetuskan perang proksi, kata Mat Sabu

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan kesilapan besar mengaku menerima derma daripada jutawan Arab Saudi dan disahkan oleh Menteri Luar negara berkenaan kerana tindakannya itu akan mencetuskan kebimbangan berlakunya perperangan proksi politik antara parti-parti politik yang menerima derma daripada luar negara, kata Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan kesilapan besar mengaku menerima derma daripada jutawan Arab Saudi dan disahkan oleh Menteri Luar negara berkenaan kerana tindakannya itu akan mencetuskan kebimbangan berlakunya perperangan proksi politik antara parti-parti politik yang menerima derma daripada luar negara, kata Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu.

Perperangan proksi politik akibat pembiayaan politik asing kata beliau telah berlaku di negara-negara bergolak seperti di Iraq, Syria, Yaman dan Libya.

“Najib telah memulakan satu tabiat yang buruk untuk politik Malaysia sekarang dan masa akan datang.

“Tidak mustahil satu hari nanti parti politik lain pula akan menerima derma daripada India, Singapura, Taiwan mahupun Amerika Syarikat, kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti Amanah malam tadi

Beliau berkata Najib nampaknya telah memalu gendang perang. Oleh itu untuk mengambil tanggungjawab, sekali lagi saya menyeru beliau meletak jawatan dan mengaku kesilapan kerana telah menerima derma peribadi begitu banyak untuk menjalankan kegiatan politik.

“Gejala buruk yang dimulakan Najib ini perlu diinsafi oleh sekalian rakyat kerana skandal ini telah menyebabkan negara dipandang jelik oleh negara luar. Najib, berhentilah segera untuk selamatkan Malaysia, katanya.

Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) ke 13 baru-baru ini , Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah derma tulen dari negara itu.

TAGS