Malaysia Dateline

Derma saja, jangan tanya sampai ke tak, kata Nik Abduh

Ahli Parlimen Bachok dari Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz meminta orang ramai jangan bertanya samada derma yang mereka sampaikan untuk Palestine sampai atau tidak ke sana kerana selepas masuk ke tabung Palestine, Allah telah menerima derma itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan tabung untuk Palestine yang dinamakan Aid4Palestine yang dipengerusikan anaknya, Khalil Abdul Hadi malam tadi.

“Derma tak sampai ke Palestin? Apabila wang anda berpindah daripada tangan anda ke tabung Palestin, Allah menerimanya,” tulis beliau menerusi facebooknya pagi ini.

Bagi AJK Pas Pusat itu, pada tahap mana ikhlas dan taqwa anda, Allah memeliharanya untuk anda sebagai pahala jihad di akhirat nanti.

“Lalu Allah memelihara Palestin dengan keikhlasan anda, bukan dengan wang anda.

“Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar. Palestin itu bumi jihad dan perang. Rukunnya, lakukan dan jangan cakap banyak,” tulis anak bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihormati itu.

Tulisan ini dijawab oleh rakan-rakan beliau dengan kecaman dan persoalan.

Muhd Syafiq Mat Jap menulis, “Ingatkan nak audit duit tu pi ke mana. Sekali dia pusing jawapan level jual agama. Kahkahkah.”

Najmuddin Yusoff menulis, “Woi, gilo ko mung ni Abduh?”

Mohd Zafri Osman pula berkata, “Bayangkan ayat di atas diguna oleh semua orang yang mendakwa mengutip derma untuk Palestin…”

Ahmaad Haikal juga menolak tulisan Nik Abduh itu.

“Dari segi akhirat, YA boleh cakap mcm tu (sampai pahalanya), tapi sebagai hal dunia kita perlu tahu sampai ke sasaran atau tidak kerana ramai orang ambik kesempatan dan yang memerlukan dan tertindas susah dan sukar yang berterusan .. kita nak cari penyelesaian bukannya pertolongan kita hilang atas angin.”