Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Desakan Umno perlu dielak Muhyiddin untuk selamatkan PN, kata penganalisis

Desakan Umno perlu dielak Muhyiddin untuk selamatkan PN, kata penganalisis

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 15, 2020 10:06 am




Penganalisis politik melihat desakan demi desakan daripada Umno berhubung jawatan Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai petanda awal bakal wujudnya masalah dalam Perikatan Nasional (PN) antara parti berkenaan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Profesor Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan, menurut laporan Malay Mail berkata, rakan gabungan dalam kerajaan baharu itu berhak untuk berasa tidak puas hati dengan apa yang beliau sifatkan sebagai pengagihan jawatan dalam kabinet yang tidak adil terhadap Umno dan Pas.

Kata beliau, Umno dan Pas adalah sekutu di bawah Muafakat Nasional (MN).

Jelasnya, walaupun Umno dan Pas juga diberi potfolio penting sebagai imbuhan dan untuk mendapatkan kesetiaan mereka, namun beliau mempersoalkan berapa lamakah ia boleh bertahan.

Katanya lagi, sikap ahli daripada kedua parti melihat mereka “mengikut sahaja” dan patuh kepada kepimpinan PN tanpa bersuara lantang.

“Akan tetapi, persoalannya, berapa lamakah pemimpin Umno dan Pas boleh bertahan dengan suara-suara tidak puas hati seperti Azlina dan Bung?” soal beliau.

Antara mereka dari Umno yang bersuara lantang mengenai jawatan Kabinet adalah MP Kimanis, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azlina Othman, kedua-duanya mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada parti itu.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Khaled Nordin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peranan parti itu dalam Kabinet Muhyiddin dengan berkata, Umno bukan berada “di bawah” Bersatu dalam PN.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production