Malaysia Dateline

Desas-desus DUN Sarawak bubar hari ini

Desas-desus Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan hari ini sekali gus memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak diadakan.

Memetik laporan The Borneo Post semalam yang mendakwa melalui sumber dipercayai telah memberitahu bahawa PRN ke-12 akan diadakan pada 27 November depan.

Bagaimanapun, kata The Borneo Post pemimpin-pimimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dihubungi bagi mengulas perkara itu memaklumkan mereka tidak tahu DUN akan dibubar seperti didakwa.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang sedia ada membenarkan Yang di-Pertuan Agong selepas berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri, memansuhkan Perintah Darurat lebih awal dari jadual asal.

“Apabila Perintah Darurat dimansuhkan, DUN secara automatik bubar. Selepas itu, Perdana Menteri setelah mendapat maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

” Manakala, awatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan baginda bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tarikh dipilih,” jelas beliau.

Malah, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah telah menyatakan bahawa
GPS sudah bersiap sedia dan terserah kepada Yang di- Pertuan Agong bagi memansuhkan Perintah Darurat sekali gus membolehkan PRN-12 diadakan.

Proklamasi Perintah Darurat dikuatkuasakan di Sarawak akan tamat pada 2 Februari 2022 adalah bertujuan
bagi membendung penulararan Covid-19 selepas negeri ini merekodkan peningkatan kes positif yang membimbangkan.

Justeru, PRN12 tidak boleh diadakan meskipun tempoh DUN tamat pada Jun lalu.