Malaysia Dateline

Detik ‘Final Destination’ ini buat orang ramai mahu guna tangga

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik ngeri ala filem tragis ‘Final Destination’ membuatkan orang ramai mahu guna tangga.

Dalam masa sama, ada yang menyifatkan lelaki dalam rakaman itu bernasib baik kerana tindakannya yang dilihat sibuk menghadap skrin telefon mengelakkan dia daripada tersepit di pintu lif.

Rakaman itu menyaksikan individu berkenaan tidak sempat keluar dari lif yang terbuka lantaran pintunya tiba-tiba tertutup dan meluncur turun.

“Mulai sekarang, saya akan menggunakan tangga sahaja.

“Lihat. Inilah pentingnya telefon sentiasa di tangan anda.

“Bolehkah anda bayangkan jika anda mempunyai anak dengan anda semasa insiden ini berlaku?” antara komentar warga maya.

Selain itu, terdapat juga gesaan agar mangsa mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan operasi lif itu.

“Saya tidak dapat bayangkan trauma yang dia alami,” kata netizen lagi.

Baca juga Ada orang tua hubungan elok saja – Hanya kerana pasal ini adik-beradik bermusuh

Baca juga Jarak umur 37 tahun tidak halang pasangan ini jalin cinta