Malaysia Dateline

Dewan bahas usul tergempar pembunuhan di New Zealand petang ini

Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pembunuhan di sebuah masjid di New Zealand untuk dibahaskan petang ini.

Beliau mengusulkan agar sidang mengutuk kejadian itu dan mengucapkan syabas kepada ketegasan kerajaan New Zealand dalam menangani kejadian itu.

Usul itu akan dibahaskan jam 4.30 petang ini selepas diluluskan oleh Speaker.

Ini adalah kali kedua usul tergempar diluluskan untuk dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

Minggu lalu, Dewan Rakyat membahaskan untul tergempar mengenai pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.