Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dewan Rakyat luluskan dua RUU Guaman Syarie

Dewan Rakyat luluskan dua RUU Guaman Syarie

FOTO: WAN ZAHARI WAN SALLEHJuly 15, 2019 6:33 pm




Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 yang bertujuan menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, ketika menggulung perbahasan, menegaskan penggubalan undang-undang itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi Wilayah Persekutuan.

“Setelah mendapat persetujuan di pihak Yang di-Pertuan Agong, kemudian kita bawa ke Kabinet dan dipersetujui, barulah kita bawa ke Parlimen pada sesi kali ini.

“Dengan kata lain, saya memberi jaminan kepada ahli-ahli Parlimen sekalian, dalam hal pentadbiran Islam, kami amat-amat prihatin dalam soal kuasa Raja-Raja Melayu dan khususnya Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai sama ada penggubalan rang undang-undang itu telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Melalui RUU itu juga, bakal peguam syarie akan diwajibkan menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan, bagi membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019.

RUU itu bertujuan meminda Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, susulan penggubalan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.-BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production