Malaysia Dateline

Dewan Rakyat terganggu amaran kebakaran

Semua Ahli Parlimen dan petugas di bangunan Parlimen diarah keluar susulan makluman amaran kebakaran pada 10.18 pagi tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut memaklumkan sidang dewan ditangguhkan seketika.

Beberapa menteri turut kelihatan, antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohammed Sadique.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka masuk kembali ke Dewan Rakyat kira-kira jam 10.30 pagi.

Difahamkan, terdapat gangguan sehingga menyebabkan penggera kebakaran diaktifkan.