Malaysia Dateline

Dewan Undangan Negeri dalam keadaan buntu, kata PH Johor

Pakatan Harapan (PH) Johor menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN ) dalam keadaan buntu melalui pelantikan Datuk Ir Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan semalam , PH mengambil maklum berkenaan dengan pelantikan Menteri Besar Johor ke 18 yang mengangkat sumpah semalam 28 Februari 2020.

Sehubungan dengan itu PH Johor juga menegaskan bahawa seramai 28 Adun mereka masih lagi kekal untuk bersama pakatan tersebut dalam menerajui negeri Johor.

Dalam pada masa yang sama, PH juga menyatakan bahawa pentadbiran negeri ini dalam keadaan buntu kerana tidak ada kumpulan dari kedua belah pihak (PH dan Gabungan Baru) yang mempunyai majoriti mudah.
PH Johor juga menyatakan bahawa mereka akan terus menjaga mandat yang diberikan rakyat ada PRU 14 yang lalu dan tidak akan sesekali mengkhianat mandat yang diberikan.