Dewi umum letak jawatan daripada Pizza Wagyu Jofliam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Wanita yang terpalit dengan isu kontroversi antara Jofliam dan Cik Epal, Dewi hari ini mengumumkan telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai pembantu peribadi Jofliam di syarikat Pizza Wagyu Jofliam.

Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi mengambil keputusan itu kerana dia mahu menumpukan fokusnya terhadap perniagaan miliknya.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan daripada kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan saya,” katanya.

Dewi juga mengucapkan terima kasih kepada Jofliam dan pasukan pizzanya kerana memberi peluang untuknya bekerjasama dengan pasukan Top 100 Best Pizza Chef in The World.

“Terima kasih atas peluang dan pengalaman yang diberikan untuk bekerja dengan Top 100 Best Pizza Chef in The World.

“Saya doakan kejayaan kepada team Pizza Wagyu Jofliam berjaya dalam industri, Terima kasih Jofliam,” kata Dewi lagi.

Dewi mengumumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.

Sebelum ini, Dewi dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Jofliam sehingga menyebabkannya berpisah dengan Cik Epal.

Baca: Firdaus Wong dedah sikap tok kadi ‘buli’ pengantin, siap ugut nak batalkan pernikahan