Di antara Raja dan mereka yang bermaharajalela

Di antara Raja dan mereka yang bermaharajalela

Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah menonjolkan lebih banyak lagi isu kontroversi Negara.

Di antara yg paling menarek perhatian adalah pendedahan YB Rafizi Ramli tentang penggunaan jet sewa swasta olih Datin Rosmah untuk ke Istanbul.

Kita di Parlimen telah dimaklumkan Kerajaan Malaysia memiliki 7 buah pelbagai jet untuk kegunaan VVIP.

Kenapa perlu lagi menyewa jet swasta selama 2 bulan dengan anggaran kos rm 86 juta !

Dalam masa dunia dan Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yg begitu
buruk, ini adalah suatu tindakan yg tidak bolih dimaafkan.

Kerajaan dah memiliki 7 jet tetapi kenapa masih mahu menyewa lagi jet dengan kos rm 86 juta?

Akhir tahun lepas semasa pembentangan bajet 2016 di Parlimen, peruntukan bantuan murid miskin telah di potong Kerajaan Dato Najib dari RM200 juta kepada hanya rm 10 juta !

Tetapi sekarang boleh pula belanja RM 86 juta sewa jet untuk bermewah mewah dan bersenang lenang orang atasan yg sepatutnya membela rakyat !

Bukankah pendidikan anak anak kita, terutamanya yang miskin, sepatutnya menjadi keutamaan ?

Mereka yang akan menjadi pemimpin dan pentadbir masa depan Negara telah di nafikan masa depan yang sepatutnya menjadi hak mereka. Dimanakah keperhatinan kerajaan Najib?

Ada Raja Raja yang di tabal secara rasmi.

Ada orang orang yg bukan Raja atau tidak di tabal menjadi Raja tetapi berlagak lebih dari Raja Raja yang bertahkta.

Apabila Almarhum Sultan Ismail dari Terengganu menjadi Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1965-1970, almarhum berhati hati tidak mahu menyalah guna kemudahan Kerajaan untuk ahli keluarganya.

Walaupun Almarhum rapat dengan Perdana Mentri Tengku Abdul Rahman, baginda sangat berhati hati tidak menyalah gunakan harta dan kemudahan negara untuk ahli keluarga dan bersederhana dalam cara hidup.

Hari ini isteri dan anak anak Perdana Mentri mempunyai keistemewaan yg luar biasa. DYMM Tuanku Agong yang ditabal lebih bersederhana.

Dahulu kita tidak dengar Isteri Perdana Mentri Tengku Abdul Rahman di panggil First Lady. Sekarang gelaran tersebut menjadi kebiasaan untuk Datin Seri Rosmah.

Itulah jauh bezanya sikap orang atasan dahulu dan sekarang.

MKN- Akta Keselamatan Negara, telah di tegur oleh Majlis Raja Raja untuk diperhalusi kerana mengambil alih kuasa Raja Raja dalam pengistiharaan darurat dan memberi kuasa terlalu luas kepada Kerajaan.

Kami ahli Parlimen dari pembangkang dan pakar perundangan turut membantah.

Majlis Raja Raja telah menghantar balek Bill MKN pada 17 Februari 2016 untuk diperhalusi oleh Kerajaan.

Sehari kemudian pada 18 Februari 2016 Bil MKN telah di gazet olih Kerajaan tanpa pindaan.

Inilah keangkuhan dan tidak hormat kerajaan Dato Najib hari ini dan sikapnya terhadap Majlis Raja Raja Melayu.

Ditakdirkan Allah hari ini pilihanraya berlaku di Parlimen Kuala Kangsar di mana terletaknya Bandar di Raja bersejarah Perak.

Penggundi Kuala Kangsar perlu menilai adakah kerajaan Dato Najib yang belagak lebih dari Raja Raja sendiri patut di sokong ?

Adakah sikap bermewah mewah keluarga Perdana Mentri patut di benarkan ?

Tidak Pernah Perdana Mentri Britain dan keluarga yang sangat berpengaruh belagak lebih dari Queen Elizabeth .

Patutkah skandal 1 MDB yang diilhamkan oleh Dato Najib yang memalukan dan merugikan negara di peringkat Antarabangsa patut dibenarkan berterusan ?

Pengundi Parlimen Kuala Kangsar berpeluang mencetus perubahan besar lanskap dan masa depan Negara.

Keputusannya berada di tangan tuan tuan dan puan puan untuk menentukan dengan bijaksana demi masa depan Negara.

Raja Bahrin Shah adalah Pengerusi AMANAH Terengganu dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu

COMMENTS

Wordpress (0)