Malaysia Dateline

Di mana Malaysia dalam usaha ketepikan sementara harta intelek vaksin?

Minggu lepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Asia harus menerajui langkah membuka perlindungan paten bagi menghasilkan versi generik ubat-ubatan penting yang lebih murah untuk menyelamatkan nyawa, khususnya bagi penyakit kritikal dari Covid-19 (C-19) hingga HIV/Aids.

Malah beliau menyambut baik kenyataan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang menyatakan hasrat menyokong usaha mengetepikan sementara perlindungan harta intelek (IP) bagi vaksin Covid-19, Lanhkah itu katanya seharusnya membuka laluan ke arah transformasi penuh sistem paten farmaseutikal.
“Menghentikan ia buat sementara tidak memadai.

Kewajipan kita adalah untuk mengetepikan ia secara keseluruhan,” katanya dalam ucapan yang disampaikan menerusi rakaman video di persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo.

Adakah Malaysia baru sedar akan kepentingan bekalan vaksin dan bercadang supaya Asia memberikan tekanan kepada Barat? Tidak nampak inisiatif Malaysia sebelum ini di peringkat antarabangsa. Adakah Malaysia menggunakan usaha diplomasi dalam mendapatkan bekalan vaksin C-19?

Pada bulan Oktober tahun lepas, semasa di mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), India dan Afrika Selatan telah mengusulkan cadangan supaya paten vaksin yang miliki syarikat-syarikat farmekeutikal Barat diketepi atau ditangguhkan buat sementara. Paten dan hak cipta vaksin C-19 terangkum dalam Perjanjian Hak-Hak Milik Harta Intelektual berkaitan dengan Perdagangan atau TRIPS. Ia adalah sebahagian daripada perjanjian-perjanjian perdagangan yang terdapat WTO.

Susulan usul kedua-dua tersebut sebanyak 60 negara turut bersetuju dengan cadangan tersebut.

Dalam usulan tersebut India dan Afrika Selatan telah mencadangkan supaya Seksyen 1, 4, 5 dan 7 daripada Bahagian II perjanjian TRIPS berkaitan dengan hak cipta, paten, rahsia perdagangan , perlindungan daripada pendedahan maklumat dan reka bentuk industri diketepikan buat sementara sehingga majoriti penduduk dunia disuntik dan mempunyai imuniti kepada virus C-19.

Namun cadangan ini tidak dipersetujui syarikat farmakeutikal dan sebilangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) memandangkan mereka tidak mahu kehilangan monopoli dalam penghasilan vaksin dan mereka negara sedang membangun seperti Malaysia bergantung dalam pembelian vaksin kepada Barat. Antara alasan yang diberikan ialah penanguhan sementara TRIPS akan menjejaskan penghasilan vasin, menurunkan kualiti vaksin dan merebaknya penghasilan vaksin palsu.

Tetapi di mana kemanusiaan Korporat Transnasional Farmakeutikal dan negara Barat dalam situasi meruncing ekoran pandemik C-19 di serata dunia?

Menurut Oxfam, sebuah pertubuhan antabangsa yang memperjuangkan ketidakadilan dan membasmi kemiskinan sejagat, negara kaya yang terdiri daripada 13% penduduk dunia tetapi telah membeli dan menyimpan lebih setengah daripada bekalan vaksin di dunia.

Ini bermakna sumber vaksin yang banyak berada dalam kalangan negara kaya dan negara sedang membangun dan miskin akan berhadapan dengan persaingan mendapat sumber vaksin sedikit.

Tujuan penangguhan hak intelektual vaksin ialah supaya negara Selatan diberikan ruang untuk menghasilkan vaksin generik dengan mendapat lesen daripada syarikat pemilik vaksin di Barat.

Dalam hubungan ini saya ingin mengaitkan kepada beberapa artikel Prof Jomo Kwame Sundaram yang mengkritik sistem harta atau pemilikan intelektual vaksin dalam beberapa bulan lepas. Antara artikelnya termasuk “Intellectual property monopolies block vaccine access” (16/12/2020), “Year of living dangerously?” (06/01/2021), “Caught in a tangled web of vaccine nationalism” (04/02/2021) dan “Intellectual property cause of death, genocide” (15/02/2021).

Satu perkataan yang disebutkan Prof Jomo dalam artikel terakhirnya ialah genosid. Genosid bermaksud objektif yang sengaja disasarkan ke atas sesuatu kaum, etnik atau nasionaliti dengan niat penghapusan. Adakah Prof Jomo mengumpamakan genosid itu kerana keengganan korporat faramkeutikal Barat bersetuju dengan penangguhan sementara paten itu bagaikan suatu genosid yang membiarkan masyarakat dunia mati dalam jumlah yang besar?

Apa yang ingin disampaikan Pof Jomo ialah negara sedang membangun tidak akan mendapat vaksin secukupnya disebabkan ketamakan, nasionalisme vaksin dan undang-undang IP (harta milik intelek) yang terhad. Beliau juga menjelaskan sistem IP yang terhad ini disebabkan oleh perjanjan TRIPS yang terdapat di dalam WTO.

TRIPS adalah salah daripada beberapa perjanjian kaitan perdagangan dalam WTO yang bertujuan melindungi harta milik intelektual serata dunia. Walaupun TRIPS secara dasarnya membenarkan dasar ruang keterbukaan peraturan yang anjal bagi negara anggota melakukan apa yang perlu dilakukan namun dalam konteks kesihatan awam (yang lebih ketat daipada perjanjian lain) TRIPs agak ketat dalam mengawal IP dan itulah yang menyebabkan isu mengepikan sementara TRIPS dipinta oleh negara-negara sedang membangun.

Walaupun langkah AS yang berhasrat menyokong usaha mengetepikan sementara perlindungan IP bagi vaksin Covid-19 dialu-alukan oleh Muhyiddin tetapi ia tidak semudah yang disebut. Jerman dan beberapa negara Eropah membantah hasrat AS serta korporat transnasional farmakeutikal Barat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Biden itu.

Malah Bill Gates penyokong tegar dalam monpoli vaksin mahukan langkah penangguhan sementara IP dilaksanakan.

Menanggguhkan sementara IP tidak mempercepatkan proses penghasilan vaksin. Sesuatu isu yang dibincangkan dalam pusingan-pusingan rundingan TRIPS dan seumpamanya dalam WTO akan memakan masa bertahun-tahun untuk diluluskan. Lazimnya dalam rundingan seperti akan banyak perdebatan dan perbincangan dan akhirnya konsensus sukar dicapai.

Kenyataan AS ibarat menanam tebu dibibir.

Namun satu kenyataan rayuan bersama oleh 388 Ahli-Ahli Parlimen Eropah dan Ahli Parlimen Nasional Eropah menggesa EU dan negara-negara anggotanya menyokong pengenepian sementara TRIPS.

Dalam kenyataan tersebut mereka berdiri bersama-sama dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan lebih 100 negara, ratusan organisasi awam dan kesatuan sekerja bersama-sama menggesa EU dan Suruhanjaya Eropah membincangkan sehingga tahap tertinggi dan menyokong penangguhan sementara tanggungjawab di bawah TRIPS.

Suatu deraf keputusan perundingan ke arah perjanjian pandemik untuk dipertimbangkan pada perhimpunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang ke-74 diedarkan kepada negara anggota WHO. Ini berikutan kebanyakan kerajaan sedang berjuang membendung wabak C-19 dengan ancaman perintah berkurung, tidak cukup katil di hospital dan kekurangan tangka oksigen, vaksin, ubat dan dianostik.

Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia bersidang pada 24 Mei sehingga 1 Jun. Draf keputusan diusul oleh Chile, EU, Tunisia dan Indonesia sebagai mewakili Kumpulan negara sahabat dalam (Albania, Chile, Costa Rica, Croatia, Fiji, France, Germany, Greece, Indonesia, Itali, Kenya, Republic of Korea, Belanda, Norway, Portugal, Romania, Rwanda, Senegal, Serbia, Africa Selatan, Spain, Thailand, Trinidad and Tobago, Tunisia, Ukraine, United Kingdom).

Dalam melanggar Peraturan 41 and 86 daripada Prosedur Peraturan Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) deraf ingin mewujudkan mesyuarat antara kerajaan bagi menyedia dan merundingi persidangan rangkakerja WHO mengenai persediaan pandemic dan gerak balas yang akan dilakasanakan di bawah Artikel 19 Perlembagaan WHO.

Tidak nampak nama Malaysia dalam senarai deraf keputusan dan tidak pasti adakah Malaysia tergolong dalam 60 negara yang menyokong usul India dan Afrika Selatan pada Oktober tahun lepas.

Bagaimana dengan vaksin Sputnik daripada Rusia dan Sinovac daripada China, sanggupkah kedua-dua negara tersebut mengenepikan sementara IP mereka supaya vaksin generik boleh dihasilkan di negara Selatan? Dalam isu kepentingan sejagat, kedua-dua negara kuasa besar itu harus menunjunkan jiwa kemanusiaan mereka dalam membantu negara miskin dan negara sedang membangun.

Ekoran kekurangan bekalan dos vaksin dalam situasi sekarang dan rundingan penangguhan sementara IP vaksin yang di tahap awal, bagi negara kita, cadangan Majlis Presiden Pakatan Harapan meminta kerjasama rakyat Malaysia untuk menggesa agar Kerajaan menggunapakai “strategi tunda dos kedua” untuk melawan isu penambahan kes COVID-19 yang mendadak amat dialu-alukan. (Malaysia Dateline, 22 Mei 2020).

Dalam kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng berkata, kes COVID-19 di negara telah mencapai tahap kritikal dengan hampir mencecah 20,000 kes baru dalam jangka masa tiga hari.

“Keutamaan kami pada saat ini mestilah untuk melindungi bilangan maksimum rakyat dalam jangka masa yang singkat ini.
—————
Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).