Di sebalik keterujaan pelajar mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, terselit cerita duka mengenai seorang individu yang hanya mampu melihat keseronokan itu dari jauh
Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu memaklumkan usianya sebaya dengan calon SPM yang lain, tetapi tidak bernasib baik untuk menduduki peperiksaan itu.
Kehadiran dia ke sekolah ketika hari keputusan dikeluarkan bukanlah sebagai calon SPM, sebaliknya hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan.
Video berdurasi 15 saat itu sempat menunjukkan rakaman dari jauh para pelajar yang sedang mengambil keputusan peperiksaan.
“Di saat orang lain mengambil keputusan SPM, aku di sini bekerja sebagai cleaner sekolah. Padahal sama umur,” luah individu itu sambil berlalu pergi.
Perkongsian tersebut mencecah lebih 1 juta tontonan yang rata-rata mendoakan terbaik untuk individu tersebut supaya terus tabah dan lebih berjaya di masa hadapan.
Baca juga: Majikan sanggup buang anak sebab Sindrom Down, wanita nekad bawa balik dan jaga sendiri