Jagalah batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan di pejabat, ingatlah pasangan halal menanti di rumah.
Sudahlah menipu, menabur janji manis dan akhirnya ditipu hidup-hidup oleh individu berstatus suami orang.
Seorang wanita, Nuha (bukan nama sebenar) berkongsi kisahnya dilamar menjadi isteri kedua dengan alasan sudah dapat izin yang pertama namun segalanya hanya penipuan.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Tapi betullah kita diuji dengan kata-kata kita sendiri. Aku terjerat dengan cinta suami orang. aku terjatuh cinta dengan suami orang.
Kami satu tempat kerja, setahun selepas aku bekerja disitu, aku gelarkan dia En.M sering bergurau seperti nak mengorat aku.
Aku abaikan dan anggap ianya gurauan orang lelaki. Sebab kebanyakan mereka iaitu lelaki di pejabat selalu bergurau begitu.
Kadang mereka bergurau lucah dengan rakan sepejabat perempuan yang dah berkahwin.
Nak dijadikan cerita, En.M mesej dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku isteri kedua.
Bagi alasan isteri pertama izinkan
En.M Siap cakap lagi isterinya izinkan dan dia nak carikan kawan untuk isterinya. Bak kata En.M la.
Lagipun mereka dah enam tahun berkahwin dan belum dikurniakan anak. Jadi aku fikir mungkin mereka nakkan aku sebab nak kan ada zuriat.
Aku tolak permintaan En.M tapi En.M bermula hari tu setiap hari kacau aku, mesej dan call. Kesilapan aku adalah aku melayan.
Kami tak bercinta, sungguh. Tapi tanpa aku sedar wujud rasa sayang dengan suami orang itu.
Sebab En.M ni orang nya romantik walaupun aku tak membalas sayang nya, dia layan aku sangat baik, belikan makanan hantar dirumah, sentiasa tanya khabar dan sangat caring.
aku akui dah mula sayangkan En.M. aku tak pernah dapat layanan sebegitu dari lelaki sebab aku tak pernah bercinta.
Aku hampir lemah dalam rayuan sweet talkernya beliau dan layanan nya. Tapi setiap kali En.M mesej dan memberi sesuatu aku akan cakap ingat isteri kenapa nak mesej perempuan lain dan belikan benda-benda ni.
Tapi En.M akan cakap isteri dia tahu, isteri dia ada kat sebelah masa En.M mesej. Dan isteri dia yang nak dia beli semua tu. Katanya begitu.
Aku makin yakin, sayang dan aku rasa bersedia jadi isteri kedua. Aku nak berjumpa isteri dia.
Tapi En.M selalu berdalih. Kami tak bercinta ya. Kami tak ada apa- apa hubungan tapi aku dah rasa disayangi dan menyayangi lelaki ini.
Diserang isteri En.M di tengah jalan
Tapi Allah maha kuasa, Allah nak tunjukkan. Suatu hari semasa aku baru balik dari kerja ada seorang wanita menahan kereta aku dihadapan jalan.
Aku tak kenal siapa. Dia ajak aku bercakap dan memperkenalkan dirinya isteri En.M.
En.M pun ada tapi diam tersunggul. Isterinya tanya adakah aku sukakan suami nya, aku angguk.
Kemudian isterinya menerangkan keadaannya apa sebenarnya berlaku dan memarahi aku. Aku masa tu terkesima diserang begitu, sampai tak tahu nak cakap apa.
Aku minta maaf berulang kali dengan isterinya dan memberitahu isterinya bahawa En.M menipu selama ini.
Isterinya tak pernah tahu kewujudan aku, tak pernah izinkan untuk berkahwin lagi, tak pernah ada pun disebelah semasa bermesej, tak ada pun kirimkan barang.
Aku rasa serba salah dan sangat sakit hati. Semuanya kantoi lepas isterinya membaca mesej En.M dengan aku.
Aku sangat menyesal, aku macam dah tak ingat tuhan bila dah menyayangi suami orang. Sakit ditipu sakit untuk melepaskan orang yang dah kita sayang. Memang susah nak move on.
Aku dah sekat nombor En.M, urusan kerja berhubung dari group whatapps je.
Selepas beberapa bulan, aku dapat kerja lain dan berhenti kerja ditempat lama. Memang ada rayuan dan cubaan dari En.M untuk mendekat tapi aku elak dan tegas dengan diri.
Kesimpulannya, aku cuma nak sesiapa sahaja perempuan di luar sana. Jaga jarak, jangan bagi ruang, jangan melayan mesej atau panggilan daripada suami orang.
Kalau boleh jangan simpan no telefon suami orang. Jangan bagi ruang tolong la.
Aku belajar dari kesilapan dan menyesal, sampai sekarang serta masih dihantui serba salah.
Kalau isterinya pun dia boleh tipu tak mustahil kalau aku jadi isterinya nanti pun akan diperlaku yang sama.
Suami orang pun sama, jaga pandangan, jangan selalu bergurau lucah dengan rakan sekerja bertepuk bertampar dengan lawan jenis. Ingat isteri yang susah senang bersama.
Kalian dah jadi isteri, suami orang jaga batas pergaulan, sekarang bukan lagi masa untuk kalian mencari cinta tapi masa untuk kalian mempertahankan cinta yang dah ada.
Kahwin suatu ibadah yang akan dipersoal nanti.
Baca juga: “Aku sayang dia hingga rela dimadukan, tapi malam akhir kami bersama buat aku menyesal seumur hidup”