Bukan senang untuk berdamai dengan takdir tapi sudah menjadi lumrah bahawa setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kematian.
Seorang pemuda berkongsi keluarganya menerima duit selepas kematian arwah datuknya dan nekad menggunakan wang tersebut untuk kebaikan.
Pemuda tersebut dilihat membahagikan nasi briyani daging kepada jemaah yang bersolat di masjid di Singapura dan meminta mereka mendoakan arwah.
Selalu bawa bekal lebih untuk kawan
Tidak hanya itu, dia turut berkongsi kisah datuknya di saat masih hidup gemar belanja orang di sekeliling.
“Bila datuk aku masih hidup, dia akan bawa bekal pergi kerja tapi dia tak bawa satu tau, dia suruh nenek aku masak 10, dia nak bagi dekat kawan-kawan dia.
“Kalau satu hari masak sepuluh tak apa tapi dia hari-hari dia pergi kerja bawa bekal, nenek aku kena masak 10 untuk dia,” ujarnya dalam video tersebut.
Rata-rata netizen memuji tindakan pemuda tersebut yang menjadikan duit peninggalan sebagai pahala buat arwah datuknya.
Kadang, dengan itu je cara untuk kita lepaskan rindu kita. At the same time pahala pun mengalir
“Dari kisah arwah atuk dia pun boleh tahu seorang yang suka bersedekah
“Aku paling seronok bila sedekah dekat orang tua-tua. Dekat situ juga dia doakan kita. Pada orang lain juga cuma bila orang tu doakan kita dengar sendiri rasa seronok.
“Sedekat dekat orang tanpa mengira darjat walaupun kemampuan kecil asalkan dahulukan mereka yang betul-betul memerlukan ia,” antara komen netizen.
Baca juga: “Arwah mak selalu simpan duit selit” – Pekerja pembersihan jumpa RM38k tunai, emas dalam rumah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio