Gara-gara komen isu Tabung Haji (TH) seorang TikToker wanita yang menggunakan nama Muna Rime dihujani kecaman apabila fakta yang disampaikannya telah ditegur bekas CEO Tabung Haji Datuk Nik Hasyudeen Yusoff.
Berdasarkan maklumat latar belakang wanita itu dia merupakan peguam muda parti politik Pas dan bekerja di Tarmizi & Co.
Namun ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan fakta yang dikemukakan jauh dari fakta sebenar sehingga bekas CEO Tabung Haji meninggalkan komen.
“Cik adik banyak mana keuntungan separuh tahun 2022 ni? Lebih tinggi dari tahun lepas?” komen bekas CEO Tabung Haji itu.
Ulasan Muna Rime berkenaan ‘kenapa rakyat lebih percaya TH di bawah pentadbiran Pas’ dilihat seolah-olah dia serba tahu tentang selok belok Tabung Haji.
Namun selepas dipersoal CEO TH terbabit, beliau telah memadam komen itu sehingga sekarang netizen menuntut beliau menjawab soalan yang dibangkitkan bekas CEO terbabit.
Netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu, lalu mereka menampal dan mengulangi semula soalan yang di kemukakan oleh Nik Hasyudeen sehingga penuh di ruang komen TikTok beliau.
” Adik-adik yang acah baru nak up ni memang tak tahu malu.. Dia ingat semua benda boleh komen ikut sedap..
“Sekali bekas CEO TH sendiri masuk komen.. Baru gelabah..
“Udah-udah la tu jadi walauntit dik.. Bukan sedap tara mana pun.. Tak percaya boleh tanya Lenaa dan Mila,” komen Miqdad zakaria di facebooknya.
“Kalau kita cerdik, ada orang lain lebih cerdik. Kalau kita alim, ada lagi yang Maha Alim.
“Cuma bila orang lebih alim dari kita komen kat kita, orang bukannya nampak kurang alim, tapi orang nampak kita bodo. Cara selamat, delete komen orang lebih alim dari kita.
“Di atas langit, ada langit,” kongsi Nasir Zakaria.