Zaman sekarang bukan senang nak dapatkan kerja, tambahan pula gaji tidak tinggi dan ramai memilih untuk melakukan dua kerja.
Namun ada juga yang tak berpuas hati apabila seseorang melakukan dua kerja hingga mahu menyebabkan orang lain hilang kerja.
Seorang lelaki Jai berkongsi bagaimana rakan sekerjanya memandang rendah serta tak berpuas hati kerana dia melakukan dua kerja.
“Saya kerja di pejabat dan pengawal keselamatan untuk ‘part time’ tapi ada rakan sekerja yang dengki bila tahu saya buat dua kerja.
Saya jadi pengawal keselamatan kat satu kondo. Al kisahnya, salah seorang kakak di pejabat ni (Kak Has, bukan nama sebenar) datang kondo tu nak hantar kek.
Terkejut la dia tengok saya kat situ. Saya pun terkejut jugak tengok dia. Dia tanya kerja sini ke. Saya kata ye, buat partime.
Setakat ini tak pernah pula saya langgar peraturan dan tetap meneruskan kerja seperti biasa namun Kak Has tetap tak puas hati.
Hari tu depan-depan semua orang dia tegur. Cuma cara dia tegur tu kononnya dia la terpaling baik. Dia tanya Jai masih kerja security tu ke. Saya kata ya.
Dia tanya kau ada masalah duit ke sampai kena buat dua kerja. Saya diam la. Memang saya ada masalah kewangan. Tapi buat apa nak jaja kat orang. Saya bukan jenis harap simpati orang.
Dia kata akak bukan apa, akak risau kau ni tak cukup tidur tak cukup rehat. Dah la bawa motor. Nanti jadi apa-apa susahkan semua orang.
Ada lagi la ayat-ayat dia.. Saya kata insyaaAllah tak ada apa-apa kot. Lagipun buat masa ni perlukan duit sikit. Ye la saya kan nak kahwin. Ingatkan dia boleh faham tapi benda tu tak berhenti kat situ..
Dia asyik ulang-ulang syok la kau, dapat dua bayaran. Lepas tu asyik duduk kira-kira berapa saya dapat.
Dia kata sebulan mau dekat RM4k kau dapat kerja dua tempat kan. Dah kalah gaji akak ni. Semua tu saya abaikan ja.
Satu hari saya dapat info, dia report kat bos. Ada orang sampaikan. Dia burukkan saya. Dia kata mana boleh kerja dua tempat dan macam-macam lagi la.
Saya pun dah hilang sabar. Saya pertikai, habis yang dia tu jual kek boleh pulak. Dia kata itu dia buat sambil-sambil kat rumah. Tak ganggu kerja sekarang.
Kononnya kerja saya ni mungkin akan bagi kesan kerja sekarang. Sebab saya kerja melebihi masa yang akta buruh tetapkan. Dan ada bukti saya kerja dua tempat.
Macam-macan lagi la dia kata. Saya stress gila rasa. Hari tu saya gaduh teruk. Saya dah hilang sabar. Benda ni sampai kat bahagian sumber manusia.
Setakat ni belum cakap apa-apa lagi la.. Tapi dia kan ada pengikut dia yang sentiasa sokong dia.
Biasa la kononnya dia terpaling senior. Hari tu kononnya ramai-ramai pergi pejabat HR nak buat laporan pasal saya.
Dia siap cabar dia akan pastikan syarikat sekarang untuk berhentikan saya. Kononnya saya bergaduh dengan dia tak hormat dia.
Kononnya saya ni salah orang kalau nak berlanggar bahu dengan dia. Macam-macam lagi la dia kata.
Entahlah. Macam dah buat jenayah besar pula saya ni. Dia kata kat saya buat dua kerja memang salah. Mana boleh ada dua potongan epf socso.
Bila saya minta bukti. Dia kata nanti company terminate itulah bukti dia. Ya la, saya tak belajar tinggi macam dia. Position saya pun office boy ja pun.
Macam orang meroyan ja dia tu. Ugut nak saman malu la apa la. Macam tak puas hati sangat.
Saya rasa stress sangat. Saya kerja ja pun. Bukan scam orang ke, rompak orang ke. Saya cari rezeki halal. Kenapa lah ye, itu pun orang nak dengki. Entah la. Sedih sangat rasa.
Baca juga: “Suami gantung aku tak bertali, semua bantuan untuk anak masuk dalam akaun dia”