Malaysia Dateline

‘Dia mula dah… patut beritahu anak muda 18 tahun hanya keluar undi MP tak ponteng Parlimen’

Ramai juga yang dilihat menyindir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang termasuk ‘dia mula dah… ‘ susulan kenyataan berhubung kewajipan untuk anak muda keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ada kalangan warganet menasihatkan adalah lebih baik menasikatkan anak muda 18 tahun supaya keluar mengundi wakil rakyat yang tak ponteng Parlimen.

“Beritau anak muda pilih MP yang bertanggungjawab. Tak ponteng Parlimen,” kata Ahmad Khairumuzamil Abdul Rahman.

Untuk rekod, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pernah menjadi antara tujuh MP yang mencatat kehadiran yang buruk di Dewan Rakyat sepanjang 71 hari persidangan antara 26 Julai 2021 hingga 24 Mac lalu.

Selain itu, persoalan mengenai pendirian Pas berhubung isu rasuah juga dibangkitkan oleh warganet.

“Anak muda lawan rasuah juga jihad, tapi Pas membisu dalam isu rasuah. Anak muda perlu sokong parti melawan rasuah,” tegas Mohaidin Hashim.

Terdahulu, Hadi berkata, tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan Islam ketika agama berada dalam situasi bahaya, menjadi satu kewajipan dalam kategori ‘fardu ain’.

Berucap melancarkan Kempen PAS Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millennium Lubuk Merbau di Padang Rengas malam tadi, dia berkata, kuasa politik menentukan kedaulatan dan kuasa Islam.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab semua untuk menyampaikan kepada anak muda yang berusia 18 tahun iaitu pengundi baharu bahawa mereka perlu menunaikan kewajipan sebagai mengundi.

Susulan itu, terdapat netizen yang menyifatkan pelbagai macam dalil akan muncul selepas ini menghampiri kempen PRU15.

“Esok lusa akan keluar macam-macam dalil lagi. Dalil yang sentiasa menyebelahi depa,” kata seorang warganet pula.

Baca juga Ini senarai lagu ketuhanan nyanyian Siti Nurhaliza, lagu kelima mungkin ramai tidak sangka

Baca juga Bermula dari hanya baiki kipas, kini dah ada premis kedai kedua! – Graduan lama menganggur wajib baca!