Malaysia Dateline

‘Dia pemarah sebab dia buat segala-galanya’

“Dia pemarah sebab dia buat segala-galanya”. Itu antara usikan warganet sebagai reaksi terhadap sepasang suami isteri yang saling mengenali perangai masing-masing.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial itu, pasangan terbabit didapati betul seratus peratus apabila dilontarkan soalan berkaitan siapa yang memiliki sifat yang ditanyakan.

Antara lebih 10 soalan secara spontan itu ialah siapa lebih romantik, sabar, pandai memasak dan pemarah.

Menariknya, kesemua ciri itu adalah sifat suaminya dah diakui sendiri oleh isterinya.

Sementara itu, pasangan berkenaan kedua-duanya bersetuju bahawa sifat mula mengucapkan rasa cinta terlebih dahulu, huru-hara, buat kerja banyak dan mahukan lebih perhatian adalah perangai si isteri.

Rata-rata warganet memuji pasangan itu kerana berlapang dada menerima kekurangan masing-masing.

“Pasangan sehati sejiwa. Mereka mengenali satu sama lain,” kata warganet.

Baca juga ‘Kita dah bagi jarak, ada pula menyelit, dahlah bawa laju’

Baca juga 8 biji kek untuk sambutan hari lahir kelapan, netizen tertanya-tanya hantaran Aaisyah nanti berapa