Gelandangan popular asal Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto kembali menjadi topik perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini.
Mana tidaknya, wanita berusia 22 tahun itu tampil membuat beberapa pendedahan mengenai sisi ‘gelap’ pendakwah bebas sensasi, Ebit Lew di sosial media.
Muncul di dalam acara audio siar atau sesi ‘poscast’ yang dikendalikan penyanyi rap, Caprice, wanita tersebut menceritakan pengalamannya selama berada di Malaysia.
Berniat untuk membela dirinya daripada terus dipersalahkan, Mondy berpendapat bahawa orang luar di sana belum berpeluang untuk melihat ‘wajah’ asli Ebit Lew.
Tular di media sosial, beberapa petikan video yang merakamkan sesi pendedahan tersebut dikongsi dan dimuat naik oleh Caprice menerusi akaun Instagram miliknya.
Di dalam rakaman tersebut, Mondy bagai memberi bayangan bahawa pendakwah terkenal itu sering mengusap tangannya sekiranya mereka duduk bersebelahan.
Malah, Mondy juga mengatakan bahawa Ebit akan meletakkan beg di hadapan tangan mereka bagi memastikan agar kelakuan jijiknya itu tidak akan terbongkar.
“Diusap seperti ini (sambil menunjukkan cara tangannya diusap), terus pernah hampir diketahui (orang lain) ditutupilah pakai beg dia di depan,” cerita Mondy.
Tidak cukup dengan itu, Mondy turut mendakwa bahawa dirinya dipaksa untuk berpura-pura solat sebelum dirakam bagi dijadikan ‘content’ di media sosial.
Meskipun sudah cuba menolak secara baik, Mondy terus didesak oleh pendakwah berkenaan untuk berlakon beribadah sekurang-kurangnya selama satu saat sahaja.
“Setiap kali aku solat atau mengaji sering disiarkan untuk tatapan umum. Seharusnya, baik buruknya aku tidak patut dirakam.” Tegas Mondy ketika ditemu bual.
Menghargai segala bentuk bantuan yang pernah diberikan Ebit Lew, Mondy bagaimanapun menegaskan bahawa pendedahan dibuatnya itu bukan satu fitnah.
Terdahulu, Mondy itu sebelum ini pernah mencetus kontroversi setelah dibawa Ebit Lew terbang ke Malaysia untuk berhijrah dan membina masa depan baharu di negara ini.
Sempat berniaga bersama-sama menerusi platform atas talian, kehadiran wanita bertatu itu malah tidak disenangi oleh ramai pengguna media sosial tempatan.
Tidak hanya dituduh berlakon, Ebit Lew turut terkena tempias apabila didakwa menjadikan penghijrahan wanita berstatus janda itu sebagai ‘content’ semata-mata.
Baca juga: Penangan bau durian! Konduktor bas pengsan lepas pelanggan selamba bawa masuk ‘raja buah’