“Dia wanita sejak lahir!”, Tunang Lucinta Luna mengamuk wartawan tanya jantina Lucinta

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini kecoh apabila rakan Nur Sajat iaitu Lucinta Luna bertunang dengan seorang jejaka mat saleh dikenali dengan nama Alan.

Pertunangan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi kerana pempengaruh Indonesia itu adalah seorang lelaki yang telah mengubah jantinanya.

Lebih mengejutkan, majlis pertunangan pasangan itu diadakan secara terbuka sehingga ada yang mempersoalkan mengapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan.

Terbaru, tular rakaman tunang Lucinta mengamuk ketika dijemput menjadi tetamu program podcast Deddy Corbuzier.

Pada program tersebut, pengacara itu bertanyakan kepada Alan sama ada dia tahu atau tidak tentang status Lucinta yang merupakan seorang lelaki.

Tampil mempertahankan tunangnya, Alan berkata dia percaya bahawa Lucinta adalah seorang wanita sejak lahir dan bukan transgender.

“Tunggu saya nak cakap sesuatu sebab ramai yang beritahu Luna ni lelaki, dia transgender. Saya nak bagitahu semua, dia wanita sejak lahir,” katanya.

Dalam pada itu, jejaka berasal dari Ukraine itu turut memarahi pengacara tersebut kerana bertanyakan soalan tidak sepatutnya sedangkan mereka hadir untuk berborak mengenai kisah cinta mereka.

Terdahulu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Katanya lagi, pertunangan tersebut turut mendapat restu kedua ibu bapa belah pihak.

Baca juga: Sehari guna RM1.20, wanita berjimat dengan makan sisa makanan rakan, sedar diri dari keluarga susah