Dialog ikan kembung

Oleh A SHUKUR HARUN

Sulaiman, Pengerusi PH Sik bersama rakan-rakannya menziarahi penduduk miskin kawasannya. Ikan Kembung makanan mewah untuk mereka.

 

Ikan kembung ialah makanan popular rakyat biasa. Ini kerana harganya murah berbanding dengan harga ikan yang lain. Ia digelar sebagai ikan rakyat.

Ikan kembunglah yang pertama dituju oleh para suri rumah atau pembeli yang lain, justru ia pilihan yang paling dekat di hati rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Ikan jenis lain yang dikira tinggi harganya berbanding dengan ikan kembung, seperti ikan jenahak, kurau, senangin, tenggiri dan seumpamanya, maka ia pilihan kedua atau kettiga, malah mungkin yang terakhir.

Harga ikan di pasar dan di mini market atau di kedai runcit di kampung sering saja diperkatakan oleh pelbagai pihak akhir-aakhir ini, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Dua suri rumah – Cik Joyah dan Cik Gayah – yang mendiami sebuah flet tiga bilik mengunjungi pasar berdekatan flet mereka.

Kedua-dua suri rumah tu segera saja menuju ke gerai menjual ikan. Tentu saja tumpuan kedua-dua suri rumah itu, seperti biasa, ialah ikan kembung.

Kedua-dua sahabat itu mengerutkan dahi melihatkan harga ikan kembung di pasaran itu sudah RM16 sekilo. Ikan lain – jenahak, tenggiri, kerapu, bawal dan lain-lain berlipat gandaa harganya.

“Tak boleh kurang ke?” tanya Joyah pada penjual ikan itu.

“Bolehlah saya kurangkan dua tiga puluh sen. Tapi ikan kembung, mintak maaf, itulah harganya tak boleh kurang. Saya ambil dari pembekal pun mahal,” kata penjual itu.

Kata pula Cik Gayah, “dulu harga ikan kembung ni lebih kurang RM10 saja. Tapi kenapa sekarang begitu mahal?”

Jawab penjual ikan itu, “Ikan kembunglah yang paling murah, tanyalah di mana-mana. Sebab itu walau RM16 sekilo, orang beli juga.”

Ikan jenis mahal, tak ramai orang beli, kata penjual ikan itu lagi.

Inilah antara dilema rakyat biasa berdepan dengan kenaikan harga ikan dan barangan yang lain.

Para suri rumah yang dibekalkan wang sekadarnya oleh suami masing-masing, yang bergaji rendah, merasa amat tertekan dengan harga ikan yang mahal dan barangan dapor yang lain, yang terpaksa dibeli juga seperti beras, tepung, gula, minyak dan lain-lain.

Demikianlah rakyat biasa ini meneruskan kelangsungan hidup yang serba payah. Suami Joyah seorang pekerja syarikat swasta bergaji sekitar RM2,500 sebulan, menanggung empat orang anak yang bersekolah.

Membantu orang miskin menjadi kegiatan rutin Amanah Sik.

Sementara suami Gayah, juga bekerja di syarikat swasta dengan gaji sekitar itu juga, menanggung tiga anak juga dan ibu tua yang sering berulang alik ke kelinik dan hospital kerana beberapa penyakit.

Sang suami pula terpaksa menyediakan wang untuk makan tengah hari dan sebagainya.

Mereka ini adalah antara puluhan ribu, atau ratusan ribu rakyat yang merasakan sangat tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan.

Pak Ali, penjual sayur dan buah-buahan di pasar itu memberitahu bahawa kenaikan harga minyak menyebabkan banyak lagi barangan naik harga, kerana syarikat pengangkutan – lori dan van – menaikkan sewa mereka.

Kedai runcit di pasar juga memberi alasan yang sama. Antara barangan yang sangat ketara naiknya ialah minyak masak, tepung dan pelbagai lagi.

Kemudian ada barangan yang dinaikkan lagi kerana GST. Semuanya ini benar-benar menghambat kehidupan rakyat.

Tetapi dengan siapa mereka hendak mengadu. Akhirnya terpaksa menelan air mata. Namun kehidupan mesti diteruskan, walau dalam kepayahan yang bagaimanapun.

 

CATEGORIES