Malaysia Dateline

Dicanang sebagai bakal PM pertama wanita, ramai puji kecantikan Nurul Izzah

Lazimnya media sosial Facebook milik ahli politik tanpa mengira parti cenderung dibanjiri kecaman dan kutukan orang ramai.

Bahkan, hantaran beberapa tahun lalu juga ‘diselongkar’ netizen sehingga kemudiannya menjadi bahan sindiran.

Namun, lain pula dilihat pada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dari PKR yang juga anak sulung Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rata-rata warganet berbilang kaum memuji penampilan dan kecantikan wanita berusia awal 40-an itu yang dikenali dengan imej berbaju kurung walaupun ketika mengenakan pelitup muka.

“Cantiknya YB,” komen ringkas Sazali Taib serta banyak lagi deretan yang membawa maksud sama dari kalangan pengguna Facebook.

Tidak kurang juga kalangan lelaki yang sengaja ‘mengusik’ bekas Naib Presiden PKR yang meletakkan jawatan dalam parti pada 17 Disember 2018 itu.

“Tutup muka pun tetap mendebarkan saya,” Asrim Azaami manakala Heru Pramono pula menulis, “The beautiful princess of Malay“.

Dalam masa sama, Nurul Izzah, 41, yang juga dikenali dengan gelaran ‘Puteri Reformasi’ itu dianggap bakal melakar sejarah sebagai wanita pertama menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Terbaik YB Nurul lzzah. PM wanita berpotensi pertama Malaysia,” puji Eng Kian Chan pada hantaran Nurul Izzah berkenaan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Keadilan Permatang Pauh baru-baru ini.

Untuk rekod, Nurul Izzah sah bercerai talak satu dengan dilafazkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 15 Januari 2015.

Dalam satu sembang santai dengan penyampai radio, Faizal Ismail FBI dan Fara Fauzana, Nurul Izzah yang juga ibu kepada dua anak itu berkongsikan petua awet muda selain minum air putih yang mencukupi setiap hari.

Katanya lagi, sentiasa berfikiran positif tanpa mengira apa jua masalah yang datang dan kehadiran anak-anaknya menjadi penghibur hatinya ketika sedang berduka.

Nurul Izzah ketika menghadiri jemputan perasmian kerjasama fasa kedua program saringan kanser serviks percuma semalam.