Dipandang hina kerana bekerja di stesen minyak, gadis ini siap dicop ‘tak pandai’

Oleh KIM SYAZIE

Hati siapa yang tidak terluka apabila dipandang hina oleh masyarakat hanya kerana memilih untuk bekerja di stesen pam minyak.

Berpenat lelah demi mencari rezeki, gadis ini terkedu apabila ada yang menilai status pendidikan seseorang melalui bidang pekerjaan.

Dilabel ‘tak pandai belajar’ oleh seorang pelanggan yang berpangkat pak cik, gadis yang bernama Izzaty itu mengakui terasa hati.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan berkenaan sempat menyindir Izzaty mengenai hasil pendapatan yang baginya tidak seberapa.

Berkongsi kesedihan, kejadian tersebut diceritakan semula oleh Izzaty menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“Kita tidak tahu pun hidup orang tu macam mana. Setiap orang ada masalah dan ujian hidup masing-masing.

@izzatynazmii._

Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap

♬ Antassalam – Fairuz Band

“Kita semua kena tahu adab macam mana nak bercakap dengan orang lain tidak kisah sesiapa orang itu sekalipun,” ujar gadis itu.

Menganggap adab dan akhlak itu perkara penting ketika berkomunikasi, gadis itu bersyukur dengan apa yang dimilikinya saat ini.

Mampu menanggung kehidupan dan membeli pakaian serta makanan, Izzaty tidak kesal walaupun tidak berpendapatan tinggi.

“Saya tidak pernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dekat rumah orang. Apatah lagi dekat rumah PAK CIK kan,” luahnya.

Baca juga: Butang penting dalam kereta tapi ramai jarang guna, ini rupanya fungsi ‘DeFog’