Semakin banyak kes melibatkan amang seksual terhadap kanak-kanak, lebih menyedihkan pelaku adalah keluarga sendiri.
Seharusnya mereka ini yang melindung bukannya mengambil peluang untuk merosakkan kanak-kanak yang masih kecil.
Seorang pengawal keselamatan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan melakukan amang fizikal terhadap anak tirinya yang baru berusia enam tahun.
Menurut Sinar Harian, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Berdasarkan pertuduhan, perbuatan itu dikatakan dilakukan di sebuah rumah di Taman Terendak, kira-kira jam 8 malam pada 6 April lalu.
Pendakwaan bagi kes ini dijalankan mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.
Tertuduh berusia 33 tahun itu boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syazwanie Marizan membantah jaminan yang akan dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira hubungan anak tiri dengan mangsa.
Namun mencadangkan RM30,000 sekiranya mahkamah membenarkan serta syarat tambahan.
Bagaimanapun Peguam Umar Zulkarnain marayu jumlah jaminan direndahkan kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Pada masa sama, tertuduh akan menetap bersama bapany di Krubong yang mana terletak jauh dari kediaman mangsa.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
selain mengenakan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan berada ditempat tinggal mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tarikh 15 Ogos depan untuk serahan dokumen serta laporan perubatan.